Memimpin kearah matlamat pembayaran balik pinjaman pelajaran anda
Maklumat Asas Pembayaran Balik Pinjaman
Tempoh Matang Bayaran Balik pinjaman
Sijil/Diploma - 6 bulan selepas tamat pengajian.
Ijazah/Pasca Ijazah - 12 bulan selepas tamat pengajian.
Kaedah Pembayaran
Pembayaran di kaunter Tingkat 9, Wisma Satok, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
Potongan Gaji Melalui Majikan.
Potongan Gaji Melalui Biro Perkhidmatan Angkasa.
Pembayaran Melalui Kaunter Cawangan Pejabat Pos seluruh Malaysia.
Pembayaran Melalui "Online"
CIMB Clicks.
Maybank Online
Post Malaysia Online.
Arahan Bayaran Tetap Bank (Bank standing instruction).
Paybills Malaysia.
Cara-Cara Bayaran
Balik
Sila rujuk kepada surat tawaran atau perjanjian pinjaman anda atau hubungi Yayasan Sarawak.
Pembayaran di kaunter Pejabat Pos Malaysia
Dengan mengisi butir-butir maklumat dalam slip pembayaran yang disediakan.
Potongan Gaji
Sila berikan maklumat majikan anda iaitu nama/alamat dan nombor telefon kepada Seksyen Bayaran Balik, melalui e-mail ys@yayasan.org.my atau surat rasmi.
Pihak kami juga boleh membantu anda untuk menghubungi BIRO Perkhidmatan Angkasa untuk membuat pembayaran melalui potongan gaji.