|
NEW DELHI, 21 Jun (Bernama)
-- Jumlah pelajar Malaysia yang memohon menerusi sekolah untuk mendapat
kelayakan Cambridge dilaporkan meningkat sejak beberapa tahun lalu.
Terdapat
lebih 54,000 permohonan untuk menduduki peperiksaan International General
Certificate of Secondary Education (IGCSE) dan Cambridge International A Level,
iaitu meningkat sebanyak 10 peratus sejak tahun lalu.
Mata pelajaran Cambridge IGCSE yang paling popular di kalangan pelajar Malaysia
ialah Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sementara bagi peperiksaan
Cambridge International A Level, subjek yang paling popular ialah Matematik,
Pengajian Perniagaan dan Ekonomi.
"Program dan kelayakan kami memiliki reputasi dalam menyediakan pelajar
Malaysia dan pelajar di seluruh dunia persediaan cemerlang bagi memasuki universiti,
pekerjaan dan kehidupan," kata Pengarah Peperiksaan Antarabangsa
Univeristi Cambridge bagi Asia Pasifik, Ben Schmidt di dalam satu kenyataan di
sini hari ini.
Beliau berkata universiti itu menyokong sekolah untuk membangun pelajar yang
yakin, bertanggungjawab, reflektif, inovatif dan mahu melibatkan diri.
-- BERNAMA
|