edge
logo
melayu english reduce increase divide rss side
side logo
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Penerima WPP PTPTN Perlu Tunaikan Waran Sebelum 8 Sept
19 August 2012
TEMERLOH, 19 Ogos (Bernama) -- Penerima Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekali lagi diingatkan supaya segera menukarkan waran WPP sebelum 8 Sept ini.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamad Said berkata waran RM1,500 yang diberikan pada kali ini hanya sah laku selama sebulan dari tarikh dikeluarkan iaitu 8 Ogos lepas.

"Pelajar boleh menunaikan waran tersebut di mana-mana kaunter cawangan CIMB Bank dan tidak boleh dimasukkan melalui mesin deposit cek dan pelajar perlu hadir sendiri dengan mengemukakan MyKad semasa menunaikan waran tersebut," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Pencegahan Jenayah peringkat Daerah Temerloh di Plaza Tol Temerloh, di sini semalam.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata sehingga 31 Julai lepas, sebanyak 583,634 waran WPP telah ditunaikan pelajar membabitkan peruntukan sebanyak RM856.9 juta.

Bagi kemasukan sesi September 2012, seramai 46,824 pelajar ditawarkan WPP PTPTN membabitkan peruntukan sebanyak RM70.2 juta dan di Pahang sahaja, beliau berkata seramai 2,876 pelajar ditawarkan WPP membabitkan RM4.3 juta.

Dalam pada itu, Ismail mengingatkan pelajar supaya memastikan permohonan pembiayaan PTPTN pada tarikh yang ditetapkan dan hendaklah berhubung dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) masing masing.

"Mereka juga boleh pergi terus ke pejabat PTPTN atau melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau hubungi talian Hotline PTPTN 03-2080 4455 untuk keterangan lanjut," katanya

-- BERNAMA 

 

 


iso
pendaftaran pelajar di Mesir
yes

Berita Semasa
Koleksi isu-isu semasa berkenaan pendidikan seluruh Malaysia
Lagi

Pautan
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak
Jalan Sultan Tengah, Samariang, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 12th August 2014 08:45:39 AM
22194636 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star