edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Yayasan Sarawak mahu selari ekonomi digital
16 August 2017
SIBU: Yayasan Sarawak sedang mengkaji kemungkinan menyediakan bantuan pendidikan bagi kursus bukan tradisional di institusi pengajian tinggi (IPT)selaras dengan dasar kerajaan menumpukan kepada sektor ekonomi digital. 

Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan negeri mengenai perkara itu berhubung dasar polisi ekonomidigital dan e-dagang.
 
Kita mahu perkara ini diselaraskan supaya dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang, kita dapat menghasilkan graduan dalam bidangpenyelidikan kerana Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg bercakap mengenai penyelidikan dalam semua bidang ini. 

Selain itu, kita juga menyediakan bantuan dalam bidang seni, kebudayaan dan seni persembahan kerana kita mahu mempelbagaikan bantuan sedia adatetapi sekarang kita mahu mempromosi bidang digital dan e-dagang. 

Jadi, ini bidang baharu dalam perancangan diberi perhatian dan bagi kursus tradisional, kita masih beri bantuan, katanya kepada pemberita selepasmenghadiri Majlis Penyampaian Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah 2017 di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sibu di sini kelmarin. 

Beliau berkata, Yayasan Sarawak memberi pinjaman kepada pelajar ditawarkan menyambung pengajian di universiti dan yang ditolak pinjaman olehPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Kami sedia maklum bahawa kami menjadi pilihan pemberi pinjaman terakhir. Mana-mana pelajar yang gagal mendapatkan pinjaman pendidikan merekaboleh memohon kepada kami. Tidak ada masalah, tetapi jumlahnya tidak besar, katanya. 

Bagi pinjaman pendidikan, beliau berkata Yayasan Sarawak tidak khusus mengenai kursus diambil oleh pemohon tetapi sebaiknya ditawarkan oleh universititempatan. 

Bagaimanapun, beliau berkata untuk biasiswa mereka mempunyai senarai kursus untuk pelajar ingin memohon bantuan itu. 

Pinjaman Yayasan Sarawak tidak dikenakan sebarang faedah termasuk GST.

Source : oleh Borhaniza Ali Basah, Utusan Borneo

 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 20 September 2017 10:18:00
54314833 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star