edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Tapak SJKC Chung Hua No.4 terlalu kecil: Abang Johari
24 October 2017
KUCHING: Kerajaan negeri bersetuju membina semula Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua No.4, Jalan Haji Taha di sini di tapak baharu. 

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, namun keputusan membina baharu sekolah itu bergantung kepada ahli LembagaPengarah SJKC Chung Hua No.4 sama ada bersetuju dengan cadangan tersebut atau sebaliknya.
Beliau menjelaskan bahawa tapak SJKC Chung Hua No.4 di Jalan Haji Taha terlalu kecil yang menyukarkan kerajaan negeri menaik taraf bangunan sekolahtersebut. 

Sebab itu saya dan (Menteri Kerja Raya Datuk Seri) Fadillah Yusof selaku wakil rakyat di kawasan ini mencari jalan penyelesaian bagaimana kita dapatmembantu sekolah ini. 

Sekolah ini sudah sesak kerana kawasannya kecil, mungkin kita cari tapak baharu yang sesuai untuk kita membangunkan SJKC Chung Hua No.4 baharu dantapak lama diambil kerajaan atau tukar. 

Perkara ini sedang kita bincangkan dengan ahli Lembaga Pengarah SJKC Chung Hua No.4 dan terpulang kepada mereka apa yang mereka hendak lakukan,katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Yayasan Sarawak 2017 kepada 174 pelajar sekolah di Dewan SekolahKebangsaan Merpati Jepang di sini semalam. 

Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Satok berkata, kerajaan negeri juga membantu Sekolah Menengah St Teressa untuk membina semuladewan sekolah itu yang terbakar pada Oktober tahun lepas. 

Kita juga membantu sekolah lain dalam kawasan Satok ini, antaranya Sekolah Kebangsaan Rakyat dan juga Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang ini,tambahnya. 

Menurutnya, kerajaan negeri mungkin akan membina semula bangunan Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang namun ia masih di peringkat perbincanganbersama Jabatan Pendidikan Negeri. 

Inilah usaha kerajaan negeri dalam membangunkan prasarana yang lebih selesa untuk anak-anak kita di sekolah masing-masing, ujarnya. 

Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa memainkan peranan dalam bersama-sama mendidik anak-anak ke arah melahirkan generasi yang berjaya untukSarawak. 

Menyentuh mengenai bantuan Yayasan Sarawak, Abang Johari berkata bantuan itu dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan pakaian sekolahdan perbelanjaan untuk anak-anak mereka. 

Selain daripada bantuan ini, Yayasan Sarawak juga memberi biasiswa kepada 40 mahasiswa tempatan setahun untuk melanjutkan pengajian dalam bidangperubatan dalam usaha kita melahirkan lebih ramai doktor tempatan di negeri ini, jelasnya. 

Terdahulu, Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang berkata, pada tahun ini pihaknya mengagihkan kira-kira 20,000 baucar tunai bagi pakaian seragamsekolah untuk pelajar terpilih di seluruh negeri. 

Source : Utusan Borneo Online

Press Photo Collection
 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 20 September 2017 10:18:00
55636426 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star