edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Impian Smart Sarawak Abang Jo akan direalisasikan melalui kerjasama Centexs-Huawei
11 November 2017

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin impiannya untuk mewujudkan Smart Sarawak atau Sarawak Pintar akan dapat dicapai menjelang tahun 2030.

Jelasnya, untuk mencapai impian tersebut, beliau kini mempersiap generasi muda di negeri ini dengan kemahiran digital, malah berusaha menjadikan mereka pereka aplikasi berbanding pengguna aplikasi sebelum ini.

Kerana itu kita bekerjasama dengan Huawei Technology, antara syarikat terkemuka dunia dalam bidang teknologi telekomunikasi dan ICT.

Kita berharap akan berlaku pemindahan teknologi, tatkala negeri ini boleh menyumbang tenaga pakar untuk berkhidmat dengan syarikat tersebut, katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian di antara Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) dan Huawei Technology (Malaysia) Sdn Bhd di pusat tersebut di Jalan Sultan Tengah di sini petang semalam.

Perjanjian itu bertujuan untuk membolehkan kedua-dua pihak membangunkan makmal digital selain menyediakan program pembangunan latihan digital untuk pelatih-pelatih Centexs.

Centexs diwakili oleh Pengerusinya, Tan Sri Morshidi Ghani manakala Huawei diwakili Naib Presiden Huawei Malaysia, Foo Fan Yong.

Menerusi perjanjian ini, Centexs dijangka akan melahirkan 10 ribu pakar digital menjelang tahun 2030, sekali gus mengisi pasaran pekerjaan tatkala negeri ini melangkah ke era ekonomi digital.

Pada majlis yang sama, Ketua Menteri yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak telah mengumumkan dana permulaan RM18 juta untuk menjayakan projek khas ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari menekankan bahawa Sarawak tiada pilihan selain memberi penekanan kepada ekonomi digital.

Ini kerana perkembangan persekitaran dunia hari ini yang semakin pantas berubah.

Kita tidak lagi bergantung kepada internet, sebaliknya berubah kepada Revolusi Industri 4.0 yang bersandarkan kepada sensor dan artificial intelligent.

Teknologi berubah pantas dan ia telah mengubah dunia. Kerana itu saya membuat keputusan untuk turut berubah agar kita tidak ketinggalan, tambahnya lagi.

Tegasnya, beliau yakin dengan latihan yang sempurna, bakat-bakat dari Sarawak dapat digunakan untuk mentransformasikan negeri ini daripada Revolusi Industri 2.0 sekarang kepada 4.0.

Memang impian ini agak tinggi, tetapi melihat kejayaan anak-anak Sarawak di luar sana, saya yakin usaha ini akan berjaya, katanya lagi.

Tambahnya, beliau yakin graduan lepasan pusat ini akan mempunyai nilai kebolehpasaran kerana pada era Revolusi Industri 4.0, kepakaran mereka amat diperlukan.

Kemahiran mereka dituntut untuk menangani robotik dan mesin, selain mencipta teknologi baharu.

Jika teknologi baharu ini wujud dengan kerjasama Huawei, mungkin ia boleh dinamakan SawaHo sebagai meraikan kerjasama ini, selorohnya.

Huawei yang memiliki 180 ribu kakitangan di seluruh dunia mula bertapak di negara ini pada tahun 2001.

Ia telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan Kerajaan Negeri Sarawak pada awal tahun ini, bagi membantu membangunkan prasarana ICT dan mempromosikan transformasi digital.

Huawei akan menjadikan makmal digital di Centexs sebagai pusat latihan bertauliah dan akan bekerjasama rapat untuk membangunkan bidang ICT seperti cloud computing, internet of things, 5G, big data dan lain-lain lagi. Sarawakvoice

Source : Sarawak Voice Daily

 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 01 December 2017 08:47:05
56265274 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star