edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Sesi persekolahan 2018 di Sarawak bermula 2 Januari
02 January 2018
KUCHING: Sesi persekolahan 2018 di Sarawak akan bermula pada 2 Januari ini dengan jumlah hari persekolahan sebanyak 214 hari atau 43 minggu. 

Bagi memastikan persediaan dan perancangan yang rapi sebelum sesi persekolahan 2018 bermula, pasukan Task Force telah diwujudkan di peringkat Jabatan PendidikanNegeri Sarawak (JPNS) dan semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membantu menangani isu-isu persediaan pembukaan persekolahan jika ada. 
Pemeriksaan persediaan pembukaan sesi persekolahan 2018 dijalankan selama empat minggu bermula 13 November hingga 8 Disember 2017. 

Pemeriksaan ini adalah bagi memastikan Touch Point Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (1Murid 1Meja 1Kerusi 1Set Buku Teks) disediakan dengan secukupnya. 

Berdasarkan kenyataan media JPNS semalam, keseluruhannya terdapat 1,497 kelas prasekolah telah diwujudkan di 1,115 institusi pendidikan di Sarawak pada 2018 dengankeseluruhan jumlah kanak-kanak seramai 23,164 orang (tidak termasuk pendaftaran lewat). 

Bagi sekolah rendah pula, seramai 240,676 murid akan bersekolah di 1,265 sekolah rendah di seluruh negeri termasuk 39,231 murid yang telah didaftar untuk kemasukan ketahun satu bagi sesi 2018. 

Source : Utusan Borneo Online

 
Bahasa Malaysia English


 

Web Mudah Alih Yayasan Sarawak

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 14 September 2018 11:32:19
64801166 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star