Pelajar Dipelawa Sertai Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan
17 February 2012
PUTRAJAYA, 17 Feb (Bernama)
-- Jabatan Penerangan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran akan menganjurkan
Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan 2012 yang terbuka untuk penyertaan pelajar
tingkatan tiga hingga lima sekolah menengah kerajaan atau swasta.
Jabatan Penerangan dalam
satu kenyataan Jumaat berkata pertandingan itu bertujuan memberi pendedahan
dalam aspek kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial negara-negara Asean kepada
golongan belia serta meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai hal
ehwal Asean di kalangan peserta.
Kuiz ini akan dilaksanakan dalam bahasa Inggeris secara online.
Pendaftaran melalui pihak sekolah boleh dibuat secara online di
www.penerangan.gov.my atau melalui borang yang boleh didapati di
sekolah-sekolah dan semua Jabatan Penerangan negeri dan daerah dan dihantar
melalui faks 03-89114959 atau e-mel aseanquiz2012@inform.gov.my.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Feb depan, manakala saringan akan
diadakan secara serentak di seluruh negara pada 22 Mac ini, kata kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada sekretariat di talian
03-89114945/4946/4947.