Malaysia-Britain Setuju Teruskan Kerjasama Bidang Pendidikan Tinggi
13 April 2012
SEMENYIH, 13 April (Bernama) -- Malaysia dan
Britain hari ini bersetuju meneruskan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi
dan beberapa cabang lain termasuk penyelidikan dan inovasi.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin dan Menteri Universiti dan Sains Britain, David Willetts
menandatangani Kenyataan Bersama Malaysia-United Kingdom Mengenai Pendidikan
Tinggi dan Kemahiran di University of Nottingham kampus Malaysia di sini
Khamis.
Kedua-dua pihak berikar meneruskan sokongan untuk menjadi rakan perkongsian
sedang memuncul dalam konteks memorandum persefahaman dan menimbang kerjasama
dalam beberapa cabang tambahan termasuk pendidikan tinggi, penyelidikan dan
inovasi dan skim baharu biasiswa.
Malaysia dan Britain pada awalnya telah memeterai memorandum persefahaman dalam
bidang pendidikan pada 2007.
Ketika ini, terdapat 14,528 pelajar Malaysia menuntut di Britain dengan 11,074
daripada mereka membiayai sendiri pengajian mereka manakala 3,454 adalah
pelajar tajaan kerajaan.
Dalam pada itu, seramai 1,441 pelajar Britain mengikuti pengajan di Malaysia
dengan 1,422 daripada mereka di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan 19
di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).