Keputusan Kemasukan Program Matrikulasi 25 April
20 April 2012
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bahagian
Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengumumkan keputusan calon
yang berjaya untuk mengikuti program matrikulasi bagi sesi 2011/2012 pada 25
April.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, kementerian
itu berkata semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang
membuat permohonan sebelum tarikh tutup 10 Okt, 2011 boleh menyemak keputusan
mereka di laman web KPM di www.moe.gov.my.
Pendaftaran pelajar untuk program matrikulasi akan diadakan pada 28 Mei ini dan
pelajar yang berjaya dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran, panduan
pendaftaran, dokumen peribadi pelajar dan borang perjanjian pelajar (dua
salinan).
Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di laman web KPM yang sama
mulai 25 April hingga 13 Mei.