edge
logo
melayu english reduce increase divide rss side
side logo
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Jumlah Pelajar Malaysia Mohon Kelayakan Cambridge Meningkat
21 June 2012
NEW DELHI, 21 Jun (Bernama) -- Jumlah pelajar Malaysia yang memohon menerusi sekolah untuk mendapat kelayakan Cambridge dilaporkan meningkat sejak beberapa tahun lalu.

Terdapat lebih 54,000 permohonan untuk menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dan Cambridge International A Level, iaitu meningkat sebanyak 10 peratus sejak tahun lalu.

Mata pelajaran Cambridge IGCSE yang paling popular di kalangan pelajar Malaysia ialah Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sementara bagi peperiksaan Cambridge International A Level, subjek yang paling popular ialah Matematik, Pengajian Perniagaan dan Ekonomi.

"Program dan kelayakan kami memiliki reputasi dalam menyediakan pelajar Malaysia dan pelajar di seluruh dunia persediaan cemerlang bagi memasuki universiti, pekerjaan dan kehidupan," kata Pengarah Peperiksaan Antarabangsa Univeristi Cambridge bagi Asia Pasifik, Ben Schmidt di dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata universiti itu menyokong sekolah untuk membangun pelajar yang yakin, bertanggungjawab, reflektif, inovatif dan mahu melibatkan diri.

-- BERNAMA
 

 


iso
pendaftaran pelajar di Mesir
yes

Berita Semasa
Koleksi isu-isu semasa berkenaan pendidikan seluruh Malaysia
Lagi

Pautan
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak
Jalan Sultan Tengah, Samariang, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 23rd October 2014 08:41:17 AM
22620422 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star