edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Yayasan Sarawak rapatkan pelajar Sarawak di KL
27 August 2018
KUALA LUMPUR: Yayasan Sarawak Pejabat Kuala Lumpur (YSKL) telah menganjurkan Program Perkampungan Pelajar Yayasan Sarawak (PPPYS) Siri 2/2018 bertempat di premis YSKL@Ampang.

Pelbagai aktiviti yang telah dirangka serta dianjurkan oleh YSKL diketuai oleh Ketua Pegawai Pejabat Kuala Lumpur, Encik Muhamad Rahman bin Sallehin sambal dibantu oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar YSKL, Puan Suhana binti Ahmad beserta para warga kerja YSKL yang lain.

Para pelajar telah berpeluang melawat Petrosains dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang mencanda minda serta berpeluang untuk memandu simulasi pemanduan F1 yang disediakan. Terdapat juga aktiviti-aktiviti yang mencakna minat pelajar kepada STEM.

Ceramah kesedaran mengenai kesihatan mental juga telah diberikan oleh penceramah yang dijemput khas iaitu Dr. Melissa Abdul Hadi, Pakar Psikatrik Hospital Ampang di mana beliau telah memberikan maklumat secara terperinci mengenai kesihatan mental serta masalah kemurungan di kalangan pelajar sekolah.

Pelajar juga berpeluang untuk beramah mesra bersama Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak, Datu Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki yang kebetulan berada di Kuala Lumpur dalam lawatan kerja beliau. Keesokan harinya pula, para pelajar berpeluang menghabiskan masa bersama Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang di mana beliau memberikan penerangan terperinci mengenai Yayasan Sarawak serta peluang-peluang serta skim-skim bantuan pelajaran yang ditawarkan oleh Yayasan Sarawak.

Memandangkan tarikh Hari Raya Aidiladha jatuh pada musim cuti sekolah, YSKL telah mengadakan program khas bersempena Hari Raya Aidiladha dimana kesemua pelajar muslim di bawa ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat sunat Aidiladha dan selepas itu, menjamu selera dengan hidangan seperti ketupat, rending, lemang dan sebagainya di mana sedikit sebanyak ia mengubat rasa rindu mereka kepada kampung halaman.

Memandangkan peperiksaan akhir tahun serta Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang semakin dekat, pihak YSKL juga menyediakan kemudahan tempat belajar yang selesa beserta talian internet berkelajuan tinggi bagi memudahkan pelajar membuat ulang kaji mereka.

Para pelajar juga meluangkan masa mereka dengan melakukan aktiviti riada seperti bersukan di premis YSKL dan Tasik Ampang Hilir yang berhampiran dengan YSKL.

Pada majlis penutupan tersebut yang telah disempurnakan oleh Puan Suryani Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah (Khidmat Korporat) mewakili Pengarah, beliau telah memberikan amanat kepada para pelajar mengenai betapa pentingnya pendedahan pembangunan sahsiah diri di usia muda untuk mendepani cabaran masa akan datang serta memastikan bahawa kebajikan para pelajar sepanjang mereka menjadi pelajar tajaan Yayasan Sarawak di bawah Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak (Zon Semenanjung Malaysia) senantiasa diambil berat.

Menurut pelajar etnik Lun Bawang, Elda Saran Balan, 13 tahun daripada Sekolah Sains Seri Puteri (SESERI) Kuala Lumpur, beliau berasa amat seronok kerana berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada peserta dan pada masa yang sama, pelbagai aktiviti berfaedah juga dijalankan.

Untuk pelajar Richelle Joyce Raymond, 13 tahun daripada Pusat PERMATApintar Negara, beliau merasakan intipati program yang diaturkan amat bersesuaian dengan keperluan pelajar yang memerlukan cara pembelajaran yang santai dan pada masa yang sama memberikan lebih banyak input melalui pendekatan hands-on yang diberikan di mana pelajar Mohamad Ikhwan bin Sauffi yang bersekolah di Tingkatan 5 MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka juga bersependapat dengan beliau.

Perkara yang sama juga turut dilontarkan oleh pelajar Tingkatan 5 Kolej Tunku Kurshiah, Hafizah binti Norazam yang mengatakan bahawa intipati program yang dilaksanakan harus dijadikan sebagai landasan kerana menarik perhatian beliau serta rakan-rakan untuk teruja menyertai PPPYS bagi siri akan datang dengan pelajar Mohammad Haaiqal bin Mohammad Basare yang berada pada Tingkatan 1 di SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang merasa tidak sabar bagi PPPYS untuk dianjurkan lagi pada masa hadapan.

Para ibu bapa pula memberikan maklum balas positif mengenai penganjuran serta intipati program tersebut di mana anak-anak mereka berpeluang untuk memanfaatkan cuti mereka dengan perkara berfaedah disambil tidak mengendahkan pelajaran mereka sepanjang aktiviti berlangsung.

Menurut Puan Selehah Mawi yang merupakan ibu Muhammad Iqbal bin Ishak di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, beliau berterima kasih kepada Yayasan Sarawak kerana senantiasa menjaga kebajikan anak beliau dan para pelajar Sarawak secara amnya sepanjang program tersebut berlangsung.

Nada yang sama juga dikongsi oleh ibu Mohd Haziq Aiman bin Mohd Faizal yang bersekolah di Tingkatan 5 Kolej Maktab Kuala Kangsar (MCKK) di mana Puan Noriah Fatimah binti Mohammed Yussuf amat berpuas hati di atas tenaga, khidmat dan bakti yang dicurahkan oleh para warga kerja YSKL. Beliau memaklumkan bahawa pelajar telah memilih untuk berada di dalam program tersebut di mana ia telah digambarkan melalui perasaan anak mereka yang teruja dan seronok sepanjang program berlangsung.

Bagi maklumat lanjut mengenai Program Pertukaran Pelajar, orang ramai boleh menghubungi Seksyen Program dan Bantuan di talian 082-441686 samb. 103 atau menerusi emel di ys@yayasansarawak.org.my .

Source : Sarawakvoice

 
Bahasa Malaysia English


 

Web Mudah Alih Yayasan Sarawak

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 14 September 2018 11:32:19
64801538 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star