edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Jasa Yayasan Sarawak besar dalam lahirkan cerdik pandai di Sarawak - Jamilah
15 September 2018

LUNDU: Selama 30 tahun, Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Yayasan Sarawak komited melahirkan golongan bijak pandai di negeri, termasuk Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Bujang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Haji Anu ketika menjelaskan demikian berkata, beliau memahami perkara ini, kerana sentiasa dekat dengan Yayasan Sarawak yang membantu pelajar Sarawak dari pelbagai kaum dan latar belakang.

Bantuan yang diberi adalah dalam bentuk biasiswa, pinjaman ataupun peralatan sekolah dan geran, katanya pada Majlis Penyerahan PC YS CAPS dan geran PIBG Yayasan Sarawak di Sekolah Kebangsaan Stunggang Melayu, semalam.

Katanya, pada tahun lepas, SMK Sematan telah memperoleh bantuan yang sama dan pada tahun ini, giliran SK Stunggang Melayu.

Kita ucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Sarawak yang memainkan peranan penting memberi pendedahan teknologi maklumat kepada pelajar kita, katanya.

Jelasnya, apabila para pelajar ini mahir menggunakan komputer, secara tidak langsung ia akan memudahkan mereka dalam berkomunikasi, berniaga dalam talian, memproses dan menyimpan data serta memperoleh pelbagai maklumat dengan mudah, jika digunakan secara betul.

Pada majlis itu, sebanyak 10 unit komputer telah diserahkan untuk membantu pihak sekolah dalam mendidik serta mendedahkan para pelajar tentang penggunaan teknologi maklumat dan mempelbagaikan kaedah pembelajaran.

Majlis yang sama turut menyaksikan cek berjumlah RM5,000 juga diserahkan kepada PIBG SK Stunggang Melayu.

Gunakan geran ini sepenuhnya bukan setakat untuk baik pulih sekolah yang perlu tindakan segera, malah juga untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan, katanya.

Turut hadir Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Bujang. Sarawakvoice

Source : Sarawak Voice

 
Bahasa Malaysia English


 

Web Mudah Alih Yayasan Sarawak

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 14 September 2018 11:32:19
65865881 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star