edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Yayasan Sarawak taja kajian jurnal kaum Meirek
14 January 2018
MIRI: Yayasan Sarawak akan menaja sepenuhnya kajian dan tesis untuk menghasilkan jurnal penyelidikan tentang masyarakat Jatti Meirek yang lengkap.  Ketua Menteri yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, tajaan ditawarkan kepada pensyarah dan pelajar jurusan sosiologi membuat kajian menyeluruh dari asal usul, budaya dan bahasa kaum minoriti itu. 

"Saya mengesyorkan kepada Persatuan Jatti Meirek Miri untuk membuat kajian melalui pensyarah atau pelajar universiti yang mengambil jurusan sosiologi kerana membuat kajian tentang perkembangan bahasa dalam masyarakat, " jelas beliau merasmikan majlis makan malam amal PJMM malam tadi. 

PJMM turut menerima sumbangan geran RM100,000 iaitu masing-masing RM50,000 dari Abang Johari dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan untuk menghasilkan edisi kedua buku panduan bercakap dalam bahasa Meirek. 

Hadir sama isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Datuk Juma`ani Tuanku Bujang dan Presiden PJMM, Datuk Abdillah Abdul Rahim. 

Source : Utusan Borneo Online

Press Photo Collection
 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 23 February 2018 11:49:56
58627303 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star