YAYASAN Sarawak Pejabat Kuala Lumpur (YSKL) telah menganjurkan Program Perkampungan Pelajar Yayasan Sarawak (PPPYS) Siri 1/2018 di premisYSKL@Ampang (mailto:YSKL@Ampang) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Program tersebut telah disertai 73 pelajar tajaan Yayasan Sarawak di bawah Biasiswa Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak (BPPPYS) yangbersekolah di Pusat PERMATApintar Negara, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM dan Sekolah Sukan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pelbagai aktiviti dianjurkan Ketua Pegawai Pejabat Kuala Lumpur Muhamad Rahman Sallehin sambil dibantu oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar YSKL, SuhanaAhmad berserta warga kerja YSKL yang lain.
Para pelajar berpeluang membina robot serangga mereka sendiri di bawah seliaan petugas Pusat Sains Negara dan berkesempatan meneroka angkasa lepasdi Planetarium Negara.
Pelbagai khazanah sejarah negara juga didedahkan kepada para pelajar melalui lawatan ke Muzium Negara serta melihat pelbagai haiwan eksotik sepertipanda, zirafah dan bermacam lagi di Zoo Negara selain berpeluang bersuka ria di Lost World of Tambun.
Ceramah kesedaran mengenai gejala buli juga telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari Kementerian Pendidikan. Pertandingan bolingturut diadakan dan para pemenang diumumkan semasa majlis penutupan.
Source :
Utusan Bornoe Online