Logo Yayasan Sarawak merupakan satu kesepaduan imej organisasi yang dinamik, progresif dan inovatif. Logo ini melambangkan peranan Yayasan Sarawak di dalam bidang pendidikan yang menyediakan perkhidmatan untuk pembangunan modal insan berkualiti.
Rekabentuk ini diberi momentum dengan menggunakan bentuk geometri yang bersepadu dan melambangkan visi, misi dan aspirasi organisi ke arah sebuah negara maju.