edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

 

BIASISWA




BIASISWA YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN (YBSTAR)
Tujuan
  • Hadiah biasiswa kepada pelajar yang cemerlang daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Syarat
  • Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada anak Sarawak.
  • Mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Kedoktoran dan Kepakaran.
  • Pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan aktif kegiatan ko-korikulum.
  • Tawaran permohonan diiklankan di akhbar tempatan bersama-sama dengan senarai kursus yang disyorkan oleh Lembaga Amanah.
  • Menghadiri dan lulus sesi temuduga pada tarikh dan masa yang ditetapkan..
Bantuan
  • Ijazah Sarjana Muda:
    Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Kertas Projek, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali, Elaun Latihan Ilmiah/Tesis & Tiket Penerbangan.
  • Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran): 
    Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Tesis, Elaun Pengajian Akhir & Tiket Penerbangan.
  • Tiket penerbangan pergi-balik (sekali setahun dalam negara dan sekali sepanjang kursus untuk luar negara).
Permohonan

BIASISWA BIASISWA BESTARI
Tujuan
  • Hadiah biasiswa kepada pelajar cemerlang yang melanjutkan pengajian ke Universiti Swasta Tempatan.
Syarat
  • Terbuka  kepada anak Sarawak yang cemerlang dalam akademik.
  • Mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama sahaja.
  • Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
  • Mengikuti pengajian di Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Curtin University of Technology Malaysia Campus dan University College of Technology Sarawak (UCTS) sahaja.
Bantuan
  • Yuran pengajian & penginapan, pengangkutan, sara hidup & buku, tesis dan komputer.
Permohonan

BIASISWA BIASISWA CEMERLANG
Tujuan
  • Hadiah biasiswa kepada pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang yang disyorkan oleh pengurusan Yayasan Sarawak.
Syarat
  • Terbuka  kepada anak Sarawak yang cemerlang dalam akademik.
  • Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
  • Mengikuti pengajian di Universiti Awam tempatan sahaja di peringkat ijazah pertama sahaja.
Bantuan
  • Yuran pengajian & penginapan, pengangkutan, sara hidup & buku, tesis dan komputer.
Permohonan

BIASISWA BIASISWA TEMPATAN
Tujuan
  • Terbuka untuk pelajar Sekolah Menengah sahaja dan keutamaan kepada pelajar dalam Tingkatan Dua (2)
Syarat
  • Pelajar kelahiran Sarawak yang bermastatuin tetap di Sarawak.
  • Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKasih dan disahkan status MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.
  • Pelajar BUKAN penerima apa-apa biasiswa atau bantuan berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak.
  • Pelajar tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah.
  • Senarai perakuan pelajar yang layak daripada pejabat Daerah akan diserahkan ke Yayasan Sarawak untuk pertimbangan kelulusan.
Bantuan
  • Bayaran tunai ke akaun pelajar setahun berdasarkan kadar berikut:
    • Tingkatan 2–3            : RM300.00
    • Tingkatan 4–5            : RM400.00
    • Tingkatan 6B – 6A     : RM500.00
Permohonan
  • Borang permohonan boleh didapati di sekolah masing-masing.

BIASISWA SKIM PENDAHULUAN PELAJARAN DAN TEKNIKAL
Tujuan
  • Untuk membantu kos pelajar di peringkat awal yang ditawarkan melanjut pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi Latihan Kemahiran/Teknikal anjuran kerajaan.
Syarat
  • Terbuka kepada pelajar yang berada di semester satu (1) sahaja.
  • Mengikuti pengajian peringkat Matrikulasi/Asasi, Diploma, Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam.
  • Mengikuti latihan di Intitusi Latihan Kemahiran/Teknikal anjuran kerajaan.
  • Pendapatan perkapita keluarga dibawah RM1,000.00 sebulan.
  • Kelulusan tertakluk kepada peruntukan semasa.
Bantuan
  • Bayaran sekali berjumlah RM700.00 (Sarawak) dan RM1,000.00 (luar Sarawak) dan tiada pembayaran balik.
Permohonan
 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional YSFCA

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 08 May 2017 09:20:49
53361060 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star