Program Kerjasama Yayasan Sarawak Dengan Jabatan Pelajaran
Negeri Sarawak
Tujuan
Untuk memangkin pendidikan di Sarawak ke tahap yang cemerlang
Bentuk program
»
Menyedia perkhidmatan dan latihan yang sesuai secara
kerjasama
»
Menyediakan peruntukan untuk pelaksanaan program dan aktiviti dan
pembelian bahan pengajaran-pembelajaran
Program Bantuan Buku Bacaan
Tujuan
Menggalakkan pelajar membina tabiat membaca secara berstruktur
dalam pelbagai disiplin ilmu khususnya sains, matematik dan bahasa Inggeris.
Program Peningkatan Matematik, Sains Dan Inggeris
Tujuan
»
Menangani 30% - 35% murid sekolah rendah yang berprestasi
sederhana dan pinggiran (Galus atau gagal lulus) dalam subjek Matematik,
Sains dan Inggeris tetapi berpotensi lulus dengan cemerlang.
»
Menanamkan minat dan kesedaran yang tinggi dalam kalangan murid
dan masyarakat (ibu bapa) tentang pentingnya dan kebolehbelajaran
mata pelajaran sains agar mereka menggemarinya.
Program Pra-Sekolah - Let's Begin
Pengenalan
Untuk melengkapi kurikulum Nasional Prasekolah untuk semua kelas prasekolah di Sarawak.
Tujuan
» Let's Begin ini merupakan satu program prasekolah yang berasaskan 'Learning is Fun' dan aktiviti yang mengandungi bahan-bahan manipulatif, 'nursery rhymes' dan 'traditional stories' untuk kanak-kanak yang berusia di antara 5 hingga 6 tahun.
KEMASAINS (Ke Arah Masyarakat Yang Saintifik)
Pengenalan
Untuk menanam rasa keseronokan belajar Sains dan kesedaran yang mendalam terhadap kepentingan Sains dan teknologi dalam kehidupan di samping meningkatkan prestasi murid-murid dalam peperiksaan UPSR atau pada peringkat yang lebih tinggi.
Tujuan
»
Satu projek yang berterusan dari tahun 4 hingga tahun 6 di sekolah rendah yang dikendalikan dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru tempatan yang melibatkan ibu bapa, pensyarah dan guru yang berprinsipkan tripod (tiga tonggak iaitu: guru, ibu bapa & murid) untuk menggalakkan murid-murid menggemari Sains di samping membantu guru mencipta inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.
»
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah seperti kem ilmu, klinik sains/kelas tuisyen, bengkel peningkatan pengajaran dan pembelajaran guru Sains, inovasi dan reka cipta.
World Style English Debate Challenge Trophy Untuk Pelajar Pengajian Tinggi Tempatan
Pengenalan
Satu program kerjasama Yayasan Sarawak dengan institusi pengajian
tinggi di Sarawak
Tujuan
»
Untuk menggalakkan para pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan untuk melibatkan diri dalam kemahiran perbahasan serta menguasai bahasa Inggeris
»
Untuk membina keyakinan, personaliti dan sifat-sifat kepimpinan yang tinggi dalam kalangan peserta.
Bentuk program
»
Pertandingan debat tahunan dikelolakan oleh Institusi
Pengajian Tinggi di Sarawak secara bergilir-gilir
»
Kos dibiayai oleh Yayasan Sarawak sepenuhnya
Projek Hipers (High Performance Rural Students)
Pengenalan
Untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di luar Bandar;
Pelaksanaan Projek
»
Pembiayaan kelas tuisyen
»
Pembiayaan bengkel pembelajaran
»
Bantuan alat tulis dan bahan pengajaran dan pembelajaran
Berita
Semasa
Koleksi
isu-isu semasa berkenaan pendidikan seluruh Malaysia