edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
edge
   

PENGUMUMAN
 
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SAMBUTAN PERAYAAN 55 TAHUN SARAWAK MERDEKA DALAM MALAYSIA 2018
 

PERADUAN MENCIPTA LOGO

PERAYAAN 55 TAHUN SARAWAK MERDEKA DALAM MALAYSIA

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada anak Sarawak dan warganegara Malaysia yang  menetap di Sarawak berumur 16 tahun ke atas secara individu atau berkumpulan.

Setiap peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja.
Reka bentuk logo hendaklah hasil ciptaan yang asli berdasarkan kriteria berikut:
  • Bahasa kebangsaan.
  • Sekurang-kurangnya tiga (3) warna yang terdapat pada bendera Sarawak.
  • Bertemakan Sambutan Perayaan 55 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia.
  • Mempunyai penjelasan maksud atau rasional pada logo.
  • Melambangkan keharmonian dan kemakmuran negeri serta mengaitkan unsur-unsur inisiatif digital Kerajaan Negeri.
  • Tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif serta boleh menyinggung mana-mana pihak.

Semua logo yang diterima akan menjadi hak milik Kerajaan Negeri Sarawak dan tidak akan dikembalikan. Kerajaan Negeri Sarawak berhak ke atas logo yang terpilih untuk diubah suai ataupun bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana bentuk media, acara atau sambutan.


Logo hendaklah dalam rekaan grafik digital serta dihantar dalam dua (2) format berikut:
  • Saiz A3 (ukuran 42 sentimeter x 29.7 sentimeter) dan dilekatkan pada black mounting board dengan bingkai sempadan (frame mounting) 5 sentimeter tepat.
  • Bentuk salinan lembut (softcopy) hendaklah dalam format Adobe Illustrator (AI) DAN JPEG resolusi minimum 300 ppi.

Peraduan hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada
15 MEI 2018 (SELASA):

        Pengerusi,
        Jawatankuasa Mencipta Logo Sambutan Perayaan
        55 Tahun Sarawak Merdeka dalam Malaysia 2018

        d/a  Pengarah Yayasan Sarawak
               Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah,
               Petra Jaya, 93050 Kuching, SARAWAK
               Tel.: (082) 441686 Faks: (082) 440035

 
Borang penyertaan boleh didapati di alamat di atas atau muat turun melalui laman sesawang di www.yayasansarawak.org.my atau membuat imbasan pada Kod QR di sebelah.

Pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM10,000.00 (SEPULUH RIBU RINGGIT) beserta sijil penyertaan.

Keputusan panel penilai adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Muat Turun Fail Pengumuman :
 
Bahasa Malaysia English


 

Web Mudah Alih Yayasan Sarawak

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 14 September 2018 11:32:19
65864242 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star