PROGRAM KERJASAMA DENGAN JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK
SKIM BANTUAN PAKAIAN SERAGAM
PROGRAM KERJASAMA YAYASAN SARAWAK DENGAN JPNS
PROGRAM BANTUAN BUKU BACAAN
PROGRAM ‘KEMASAINS’
PROJEK HIPERS (HIGH PERFORMANCE RURAL STUDENTS)
Nama Skim
SKIM BANTUAN PAKAIAN SERAGAM
Tujuan
Memberi bantuan pakaian seragam kepada pelajar Tahun 2 (dua) dan Tingkatan 2 (dua) yang kurang mampu.
Mengurangkan beban kewangan ibubapa apabila anak-anak mereka memasuki alam persekolahan.
Bantuan
Sepasang pakaian seragam untuk lelaki dan perempuan.
Sebuah beg dan sepasang kasut sekolah.
Nama Skim
PROGRAM KERJASAMA YAYASAN SARAWAK DENGAN JPNS
Tujuan
Untuk memangkin pendidikan di Sarawak ke tahap yang cemerlang.
Bantuan
Menyedia perkhidmatan dan latihan yang sesuai secara kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
Menyediakan peruntukan untuk perlaksanaan program dan aktiviti serta pembelian bahan pengajaran-pembelajaran.
Nama Skim
PROGRAM BANTUAN BUKU BACAAN
Tujuan
Menggalakkan pelajar membina tabiat membaca secara berstruktur dalam pelbagai disiplin ilmu khususnya dalam bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Bantuan
Membiayai pembelian buku-buku bacaan untuk diedarkan ke Sekolah Rendah di Sarawak.
Nama Skim
PROGRAM ‘KEMASAINS’
Tujuan
Menangani 30% - 35% murid sekolah rendah yang berprestasi sederhana dan pinggiran (Galus atau gagal lulus) dalam subjek Sains, tetapi berpotensi lulus dengan cemerlang.
Menanamkan minat dan kesedaran yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat (ibubapa) tentang pentingnya dan kebolehbelajaran mata pelajaran Sains agar mereka menggemarinya.
Nama Skim
PROJEK HIPERS (HIGH PERFORMANCE RURAL STUDENTS)
Tujuan
Meningkatkan prestasi akademik pelajar Sekolah Rendah dan Menengah di luar bandar.
Bantuan
Pembiayaan kelas tuisyen.
Pembiayaan bengkel pembelajaran.
Bantuan alat tulis dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Berita
Semasa
Koleksi
isu-isu semasa berkenaan pendidikan seluruh Malaysia