edge
logo
melayu english reduce increase divide rss side
side logo
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

 

Skim Hadiah Galakan


NAMA SKIM ANUGERAH KHAS KETUA MENTERI SARAWAK
Tujuan
  • Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak diperkenalkan oleh Yayasan Sarawak khusus untuk memberikan pengiktirafan kepada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru dan pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan berterusan serta sumbangan bernilai dalam semua bidang, baik dari segi peningkatan akademik atau bukan akademik, sekaligus berjaya mengharumkan nama sekolah mereka sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan.
  • Setiap tahun Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak akan menyaksikan penerima bagi 25kategori yang telah ditetapkan. Pemilihan para penerima telah ditentukan oleh sebuah Jawatankuasa Khas yang dianggotai oleh pihak pengurusan Yayasan Sarawak dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
Syarat
  • Kategori Guru & Pelajar: Pencalonan dibuat oleh sekolah dan pemilihan akhir dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
  • Kategori Guru Besar & Pengetua: Pemilihan dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
  • Kategori Sekolah: Pemilihan dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

Nama Skim SKIM HADIAH PELAJAR CEMERLANG
Tujuan
  • Insentif kepada pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam.
  • Menggalakkan pelajar berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan akademik.
Syarat
  • Kriteria kelayakan penerima hadiah dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
Bantuan
  • Hadiah dalam bentuk Sijil Simpanan Premium BSN dengan amaun seperti berikut:

    UPSR : RM100.00 
    SPM : RM500.00 
    STPM : RM700.00

Nama Skim SKIM PELAJAR CEMERLANG TABUNG AMANAH BAKUN
Tujuan
  • Untuk memberi insentif kepada pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam.
  • Untuk menggalakkan para pelajar supaya berusaha dengan gigih mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.
Syarat
  • Senarai nama diperolehi daripada pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Daerah Belaga.
Bantuan
  • Hadiah dalam bentuk Sijil Simpanan Premium BSN dengan amaun seperti berikut:

    UPSR (4A 1B) : RM100.00 
    PMR (10 Pelajar Terbaik) : RM200.00 
    SPM (10 Pelajar Terbaik) : RM500.00 
    STPM (10 Pelajar Terbaik) : RM700.00

 

 

aplikasi talikhidmat QR code


iso
iso
pendaftaran pelajar di Mesir
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak
Jalan Sultan Tengah, Samariang, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 18th May 2015 12:48:49 AM
25412069 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star