ANNOUNCEMENT
   

ISSUES & ARTICLES
All Collections

Keputusan STPM Diumum Khamis Ini
19 February 2010

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM dan hantar ke 36363, atau menaip STPM Result dan hantar ke 15888.

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di
http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pukul 11.30 pagi pada tarikh yang sama di pejabat MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lepas 52,348 calon menduduki peperiksaan STPM.

Daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian.

-- BERNAMA


 
 

video

Issues & Articles
Collections of education issues & articles from press releases and related magazine
MORE COLLECTION

Related Links
   
         
         
   
Home | Contact Us | Sitemap
< Back     ^ Top
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak
Lot 4784 Blok 14, Salak Land District Jalan Sultan Tengah, Semariang, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Last Updates : 20th August 2010 01:30:41 AM
3864613 since 6 Jun 2009