Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Yayasan Sarawak
Sarawak Crest

Bayaran Balik Pinjaman

Kegagalan membuat bayaran balik secara konsisten akan mendorong pihak Yayasan Sarawak mengambil tindakan undang-undang dan penyenaraian nama kepada pihak CTOS sebagai “Penghutang Ingkar Tegar”. Sekiranya gagal membayar setelah surat peringatan terakhir dikeluarkan, maka Yayasan Sarawak akan berkongsi maklumat kepada pihak Agensi Pelapor Kredit.

NOTA: Sila rujuk kepada Notis Bayaran Balik atau hubungi Seksyen Bayaran Balik di 082-441686.

Tujuan
  • Mendidik ke arah matlamat pembayaran balik pinjaman pelajaran.
Tempoh Matang
  • Sijil/Diploma – 6 bulan selepas tamat pengajian
  • Ijazah/Pasca Ijazah – 12 bulan selepas tamat pengajian
  • Tabung Pusingan – 8 bulan selepas penerimaan tawaran
Kaedah

Sila rujuk kepada surat tawaran atau perjanjian pinjaman anda atau hubungi Yayasan Sarawak.

    • Kaunter Bayaran Yayasan Sarawak: Wisma Adenan, Aras 1, Jalan Sultan Tengah, Kuching.
    • Kaunter Bank Simpanan Nasional: Kemukakan nama penuh, nombor MyKad, nombor rujukan pinjaman dan Skim Pinjaman Pelajaran.
    • Ejen Berdaftar BSN (EB BSN): Kemukakan nama penuh, nombor MyKad dan nombor telefon. (caj perkhidmatan RM1.00 akan ditanggung oleh peminjam bagi setiap transaksi)
    • Potongan Gaji (Allotment): Sila berikan maklumat majikan anda iaitu nama penuh/ alamat dan nombor telefon kepada Seksyen Bayaran Balik, melalui e-mail ys@yayasansarawak.org.my atau surat rasmi.
    • Pembayaran Pinjaman Melalui Pengeluaran Simpanan KWSP (Akaun 2)
    • Pembayaran Pinjaman Melalui Online di Laman Web:
      CIMB Bank
      Maybank2U.com

      RHB Bank
      Bank Rakyat

JomPAY CIMB Bank (Biller Code : 7773) – Bayaran melalui online di Perbankan Internet dan Telefon Mudah Alih melalui akaun semasa, simpanan atau kad kredit

Biller Code: 7773
Ref-1 : < MyKad Number>
Ref-2 : < Phone Number or Email >
Tujuan
  • Hadiah kepada pelajar yang cemerlang dan berjaya menamatkan pengajian
Insentif
    • Membuat permohonan insentif dan membuat bayaran secara konsisten yang tertakluk kepada terma dan syarat kelulusan

      • Skim Pinjaman Pelajaran (dalam negara)
        • Insentif 75% : CGPA 3.50 ke atas
        • Insentif 50% : CGPA 3.00 ke atas / Pelajar (perubatan) yang berjaya menamatkan pengajian
      • Skim Pinjaman Pelajaran (luar negara)
        • Insentif 25% : Ijazah Kelas Pertama / Pelajar (perubatan) yang berjaya menamatkan pengajian
      • Skim Pinjaman Latihan Teknikal (PTK)
        • Insentif 50% diberikan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian
      • Skim Biasiswa Pinjaman Foundation in Engineering
        • Insentif 50% diberikan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Kejuruteraan (untuk pelajar Bumiputera sahaja)
      • Skim Pinjaman Program Penerbangan
        • Insentif 25% diberikan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian

  • Bayaran Balik secara keseluruhan atau penuh
    • Insentif 25% daripada jumlah baki pinjaman ditukar kepada biasiswa diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran balik secara keseluruhan atau penuh.