Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mengikuti kursus dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sahaja.
Menyediakan pembiayaan kepada pasca-siswazah menjalankan penyelidikan dalam bidang dan pengkhususan yang diperlukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Syarat
Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
Pelajar Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS terpilih di dalam negara dengan CGPA 3.0 ke atas
Pelajar Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran) yang mengikuti pengajian di IPTdi dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan sahaja.
Bantuan
Ijazah Sarjana Muda: Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Kertas Projek, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali, Elaun Latihan Ilmiah/Tesis & Tiket Penerbangan.
Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran): Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Tesis, Elaun Pengajian Akhir.
Tiket penerbangan pergi-balik (sekali setahun dalam negara dan sekali sepanjang kursus untuk luar negara).
Permohonan
BYSTT (Ijazah Pertama): Permohonan dibuka sekali setahun melalui iklan di akhbar tempatan dan laman web.
BYSTT (Ijazah Lanjutan): Permohonan dibuka sepanjang tahun.
Membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.
Syarat
Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
Mendapat tawaran kemasukan di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau Institusi Teknikal Tempatan. (Semester 1)
Ibubapa / penjaga pelajar mempunyai pendapatan perkapita RM1000.00 dan ke bawah.
Hanya meliputi kemasukan peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan
Bantuan
Geran bantuan tidak perlu dibayar balik ini adalah seperti berikut:
Dalam Sarawak : RM1,000.00
Luar Sarawak : RM1,500.00