Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Sarawak Crest

Biasiswa

Last updated on April 17th, 2024 at 02:34 pm

Tujuan
  • Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau lnstitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dengan keutamaan diberikan kepada IPTS milik Kerajaan Negeri Sarawak, dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
Syarat
  • Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak)./li>
  • Warganegara Malaysia.
  • Memperolehi kepujian / kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM / peperiksaan setaraf dengannya.
  • Pelajar ljazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di IPTA atau IPTS Tempatan Dalam Negara dengan CGPA / PNGK 3.00 dan ke atas.
  • Memperoleh CGPA / PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya / Diploma I Matrikulasi / Asasi dan yang setaraf dengannya.
  • Pelajar ljazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran) yang mengikuti pengajian di IPT di Dalam dan Luar Negara.
  • Memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang (CGPA / PNGK 3.00 dan ke atas) semasa ljazah Pertama atau Sarjana.
  • Pengajian hendaklah Sepenuh Masa.
  • Lulus tapisan senarai pendek dan sesi temuduga.
Permohonan
  • Kerja Kursus:
    • Permohonan secara dalam talian Yayasan Sarawak.
    • Permohonan dibuka sekali setahun, melalui iklan dan akan diterbitkan di Laman Sesawang Yayasan Sarawak, Media Sosial Rasmi Yayasan Sarawak dan Surat Khabar Tempatan.
    • Pengajian ljazah Pertama : Dalam Negara sahaja.
    • Pengajian Sarjana dan PhD : Dalam dan Luar Negara.
  • Penyelidikan:
    • Permohonan dibuka sepanjang tahun.
    • Pengajian Sarjana dan PhD di dalam dan luar negara.
    • Borang permohonan boleh dimuat turun di laman sesawang Yayasan Sarawak.
    • Sila lampirkan bersama ‘Research Proposal’ yang telah diluluskan.
Elemen Pembayaran Biasiswa
  • Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali & Elaun Tesis.
  • Tiket Penerbangan pergi dan balik (sekali setahun untuk pengajian dalam Negara / Sekali sepanjang pengajian luar Negara).
Tujuan
  • Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau lnstitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Tempatan dalam bidang BUKAN STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).
  • Keutamaan adalah diberikan kepada IPTS milik Kerajaan Negeri Sarawak.
Syarat
  • Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
  • Warganegara Malaysia.
  • Memperolehi kepujian / kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM / peperiksaan setaraf dengannya.
  • Pelajar ljazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di IPTA atau IPTS Tempatan dalam negara, dengan CGPN / PNGK 3.0 dan ke atas.
  • Memperoleh CGPN / PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya / Diploma I Matrikulasi I Asasi dan yang setaraf dengannya.
  • Pelajar ljazah Lanjutan (Sarjana, Ph.D & Kepakaran) yang mengikuti pengajian di IPT di dalam dan luar negara.
  • Memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang (CGPA / PNGK 3.00 dan ke atas) semasa ljazah Pertama atau Sarjana.
  • Mod Pengajian Sepenuh Masa.
  • Lulus tapisan senarai pendek dan sesi temuduga.
Permohonan
  • Kerja Kursus & Penyelidikan:
    • Permohonan secara dalam talian YBSTAR.
    • Permohonan dibuka sekali setahun melalui iklan dan akan diterbitkan di Laman Sesawang Yayasan Sarawak, Media Sosial Rasmi Yayasan Sarawak dan Surat Khabar Tempatan.
    • Pengajian ljazah Pertama : Dalam Negara sahaja.
    • Pengajian Sarjana dan Ph.D : Dalam dan Luar Negara.
Elemen Pembayaran Biasiswa
  • Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali & Elaun Tesis.
  • Tiket Penerbangan pergi dan balik (sekali setahun untuk pengajian dalam negara / sekali sepanjang pengajian luar negara).
Tujuan
  • Khusus untuk pelajar mengikuti pengajian ljazah Sarjana Muda Program Perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
  • Setiap tahun 40 orang pelajar akan dipilih sebagai usaha untuk meningkatkan bilangan doktor di Sarawak.
Syarat
  • Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar ljazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di UNIMAS dengan GPA / CGPA 3.0 dan ke atas.
  • Mendapat tawaran dan pengesahan pengajian Program Perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Permohonan
  • Yayasan Sarawak akan menerima senarai nama pelajar yang layak daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
  • Lulus tapisan senarai pendek dan sesi temuduga.
Elemen Pembayaran Biasiswa
  • Yuran Pengajian & Yuran Penginapan.
  • Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali & Elaun Tesis.
  • Tiket Penerbangan pergi dan balik (sekali setahun untuk pengajian dalam Negara / Sekali sepanjang pengajian luar Negara).
Tujuan
  • Menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan di peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Sarawak.
  • Membiayai persekolahan bagi membolehkan pelajar meneruskan persekolahan serta menggalakkan peningkatan prestasi akademik pelajar.
Syarat
  • Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di Sarawak, dan keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan 2.
  • Tapisan pemilihan pelajar adalah berdasarkan pendapatan keluarga, pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum yang telah disahkan oleh pihak sekolah.
  • Pelajar BUKAN penerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada kerajaan atau pihak luar.
  • Pelajar tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah.
Pembayaran
  • Kadar tetap Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 adalah RM400.00 setiap tahun untuk setiap pelajar.
Permohonan
  • Borang permohonan BTYS diedarkan ke sekolah melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS).
Tujuan
  • Membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke lnstitusi Pengajian Tinggi Awam dan IPTS milik Kerajaan Negeri Sarawak.
Syarat
  • Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
  • Warganegara Malaysia.
  • Memperolehi kepujian / kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM / peperiksaan setaraf dengannya.
  • Terbuka kepada pelajar untuk semester satu (1) sahaja.
  • Mengikuti mod pengajian Sepenuh Masa.
  • Mengikuti pengajian di lnstitusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan, lnstitusi Pengajian Tinggi Awam, Swinburne University of Technology, Kuching; University of Technology Sarawak, Sibu; Curtin University Malaysia, Miri; Kolej Laila Taib Sibu dan i-CATS University College, Kuching.
  • lbubapa atau penjaga pelajar mempunyai pendapatan perkapita RM1,500.00 dan ke bawah.
  • Hanya meliputi kemasukan peringkat Sijil I Matrikulasi I Asasi I Pra Diploma I Diploma I ljazah Sarjana Muda.
Bantuan
  • Geran bantuan yang tidak perlu dibayar balik ini adalah seperti berikut:
    • Dalam Sarawak : RM1,000.00
    • Luar Sarawak : RM1,500.00
Permohonan
  • Dibuka sepanjang tahun.
  • Permohonan secara dalam talian.
  • Semua dokumen sokongan MESTI dimuatnaik ke dalam sistem permohonan.
  • Dokumen yang wajib dikemukakan adalah:-
    • Surat Tawaran lnstitusi.
    • MyKad Pelajar, lbu Bapa & Tanggungan.
    • Sijil Lahir Pelajar.
    • Keputusan SPM (BM mesti Kredit) kecuali peringkat sijil (Teknikal).
    • Penyata Gaji terkini ibu bapa / penjaga ATAU penyata pencen ATAU surat penge.sahan tiada pendapatan.
    • Penyata Bank (Aktif).
Tujuan
  • Bursari BP40 Yayasan Sarawak memberi peluang dan membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah atau sederhana (B40 / M40) melanjutkan pengajian di Peringkat Asasi, Diploma dan ljazah Pertama dengan Yuran Pengajian Bersubsidi Merangkumi 80% daripada jumlah yuran pengajian.
Syarat
  • Terbuka kepada pelajar daripada keluarga golongan B40 dan M40.
  • Warganegara Malaysia.
  • Memperolehi kepujian / kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM / peperiksaan setaraf dengannya.
  • Anak Jati Sarawak (di mana Salah seorang daripada ibu bapa ialah Bumiputera Sarawak).
  • Di Swinburne, Curtin, UTS, KLT dan i-CATS adalah terhad kepada 100 orang pelajar Bumiputera untuk setiap universiti setiap tahun.
  • Untuk Anak Jati Sarawak BUKAN Bumiputera: Hanya di UTS sahaja, dan terhad kepada 100 orang pelajar Bukan Bumpitera setiap tahun.
  • Permohonan dilakukan menerusi institusi – Swinburne, Curtin, UTS, KLT dan i­ CATS.
  • Pemohon juga (i) Layak memohon Biasiswa-Pinjaman Pelajaran Dalam Negara Yayasan Sarawak untuk merangkumi baki yuran yang masih perlu dibayar dan (ii) layak memohon Bantuan Kemasukan ke IPT.
  • Dibuka sepanjang tahun.
Dokumen Yang Diperlukan
  • Surat tawaran pengajian di institusi berkenaan.
  • MyKad – Pelajar, ibu bapa I penjaga dan adik-beradik yang masih dalam tanggungan ibu bapa.
  • Sijil lahir pelajar.
  • Keputusan SPM (Mesti kredit dalam Bahasa Melayu).
  • Penyata gaji terkini ibu bapa I penjaga ATAU penyata pencen jika telah bersara) ATAU surat pengesahan tiada pekerjaan ibu bapa.
  • Penyata Bank (Pastikan akaun bank masih Aktif).
Tujuan
  • Tujuan subsidi penerbangan dari Semenanjung Malaysia, Sabah atau Labuan pulang ke Sarawak.
  • Maksimum dua (2) permohonan dilulus dalam satu tahun.
  • Tuntutan maksimum RM300 untuk setiap permohonan / perjalanan.
Syarat
  • Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
  • Warganegara Malaysia.
  • Berusia 18 tahun dan ke atas; masih aktif dalam pengajian sepenuh masa di mana­mana IPT dalam Malaysia (luar Sarawak) semasa mengemukakan permohonan / penerbangan.
  • Penerbangan tidak terhad pada tarikh tertentu dalam satu tahun.
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun.
  • Sila kemukakan permohonan yang lengkap dalam tempoh 60 hari selepas tarikh penerbangan.
  • Permohonan adalah secara dalam talian di laman web rasmi Yayasan Sarawak.
  • Semua dokumen sokongan MESTI dimuatnaik ke dalam sistem permohonan.
  • Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan, sila hubungi Sarawak Volunteers di talian 082-443265 atau email ke sarawakvolunteers@gmail.com
Dokumen Yang Diperlukan
  • Surat pengesahan status aktif pengajian IPT terkini.
  • Penyata bank (pastikan akaun bank masih aktif).
  • Pas masuk penerbangan.
  • Jadual perjalanan penerbangan.