Menyediakan bantuan kepada anak Sarawak yang beminat mengikuti kursus teknikal di mana-mana Institusi Latihan Kemahiran/Teknikal Tempatan di bawah panel Yayasan Sarawak.
Syarat
Anak jati Sarawak iaitu salah seorang ibu atau bapa orang Sarawak.
Berumur 16 tahun hingga 30 tahun.
Berminat mengikuti latihan secara sepenuh masa.
Keutamaan kepada pelatih yang tidak berpeluang atau gagal melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi.
Keutamaan kepada keluarga yang berpendapatan rendah RM2,500 sebulan ke bawah.
Bayaran balik pinjaman selepas enam (6) bulan tamat latihan dan rebat 50% untuk pelatih yang lulus.
Bantuan
Membiayai yuran latihan/kursus sepanjang tempoh pengajian dengan maksimum RM10,000 setahun.