Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Yayasan Sarawak
Sarawak Crest

Perutusan

Kata-Kata Aluan Pengerusi Yayasan Sarawak

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera;

Yayasan Sarawak merupakan satu agensi kerajaan yang terpenting di negeri ini dalam usaha menyumbang ke arah pembangunan pendidikan. Justeru itu, program-program serta skim-skim bantuan yang ditaja dan dikelola adalah bermatlamatkan pembangunan pendidikan. Seterusnya ia menjurus kepada pembangunan sumber manusia di negeri ini khasnya dan negara amnya.

Dalam hal ini, penyebaran maklumat berkenaan program-program dan skim-skim ini haruslah berkesan. Ianya harus mempunyai jangkauan sebeberapa jauh dan luas yang boleh. Pada zaman IT ini, kemudahan penyebaran maklumat tidak seharusnya menimbulkan masalah. Kita disajikan dengan pelbagai media, daripada media massa, elektronik dan kini internet.

Saya amat berbangga dengan usaha pihak pengurusan Yayasan Sarawak membangunkan homepage ini. Homepage ini merupakaan satu kemajuan di dalam usaha Yayasan Sarawak menyebarkan maklumat di samping merapatkan hubungan dengan pelanggannya. Adalah menjadi harapan saya agar hasil usaha ini dapat dimanfaatkan oleh orang ramai, terutama sekali para pelajar.

Dalam pada itu, saya amat yakin Yayasan Sarawak akan terus berusaha untuk mempelbagaikan skim-skim bantuan pendidikan agar ianya dapat memenuhi keperluan pendidikan di negeri ini.

Sekian, terima kasih.

DATUK PATINGGI (DR.) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG
Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Yayasan Sarawak

Kata-Kata Aluan Pengarah Yayasan Sarawak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Salam Sejahtera;

Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan perkhidmatan atau “service oriented”, Yayasan Sarawak akan terus berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan terkini kepada pelanggannya.

Melalui laman web ini, adalah menjadi harapan kami agar segala maklumat berhubung dengan fungsi serta peranan Yayasan Sarawak melalui pelbagai program dan skim bantuan pendidikan yang disediakan, dapat disampaikan kepada pelanggan kami pada bila-bila masa, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat pada masa ini.

Untuk menjadikan Yayasan Sarawak sebagai sebuah organisasi yang cemerlang, kami juga memberi ruang kepada pelanggan kami untuk memberi maklumbalas terhadap perkhidmatan yang diberikan bagi tujuan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada para pelanggan.

Semoga maklumat yang ada di laman web ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelanggan kami.

Sekian, terima kasih

HAJI AZMI BIN HAJI BUJANG
Pengarah Yayasan Sarawak