Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Sarawak Crest

Latarbelakang Yayasan Sarawak

Last updated on December 16th, 2019 at 10:51 am

Yayasan Sarawak telah ditubuhkan di bawah Ordinans Yayasan Sarawak sebagai Badan Berkanun Kerajaan Negeri pada 27 Mei 1971.

Objektif penubuhannya mengikut Ordinan ialah:

  1. Memberikan biasiswa dan pinjaman atau menyediakan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk kepada sesiapa sahaja rakyat Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, untuk melanjutkan pendidikan di sekolah, maktab, universiti atau institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negeri, mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga;
  2. Secara aktif menggalakkan peningkatan peluang-peluang pendidikan bagi rakyat negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, di dalam negara dan sebarang institusi pengajian tinggi di seluruh dunia tetapi mengutamakan universiti-universiti di dalam negara;
  3. Memberikan biasiswa dan bantuan kewangan lain dan berusaha mendapatkan penajaan seumpamanya dari badan-badan lain untuk rakyat Negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya apabila difikirkan wajar;
  4. Memberikan bantuan dan menyediakan kemudahan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertimbangan Lembaga berada di dalam keadaan memerlukan bantuan atau kemudahan berkenaan;
  5. Menyediakan bantuan, sama ada secara pinjaman atau pemberian atau sebagainya kepada organisasi institusi yang ditubuhkan dan ditadbirkan untuk tujuan saintifik, perubatan, pendidikan, kebajikan, sosial atau kerja amal; dan
  6. Memberi sumbangan dan bantuan di dalam keadaan kecemasan atau malapetaka negara.