Portal Servis Yayasan Sarawak
FAQ (JENIS-JENIS PROGRAM DAN PENAJAAN KELOLAAN YAYASAN SARAWAK)
A) Pendidikan Rendah ( Maklumat Lanjut )
- Skim Biasiswa Tempatan
Penerima : Pelajar di negeri Sarawak pada peringkat sekolah rendah dan menengah
- Skim Biasiswa Program Pertukaran Pelajar - Semenanjung/Sabah/Sarawak
Penerima : Pelajar-pelajar Sarawak yang dipilih untuk belajar di Semenanjung Malaysia, pelajar-pelajar dari Sabah dan Semenanjung yang dipilih untuk belajar di Sarawak dari Tingkatan 1 hingga 6.
- Skim Hadiah Cemerlang
Penerima : Pelajar-pelajar Sarawak yang cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan awam
B) Pendidikan Komuniti ( Maklumat Lanjut )
- Projek HIPERS (High Performance Rural Students)
Penerima : Pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di Sarawak.
C) Pendidikan Kemahiran dan Teknikal ( Maklumat Lanjut )
- Penerima : Pelajar Institusi Kemahiran Awam dan Swasta di bawah Skim Pinjaman Kemahiran dan Skim Bantuan Awal/Tiket Penerbangan
D) Pendidikan Tinggi ( Maklumat Lanjut )
- Skim Pinjaman Pelajaran - Dalam Negara
Penerima : Pelajar yang melanjutkan pengajian ke Insititusi Pengajian Tinggi di dalam negara.
- Skim Pinjaman Pelajaran - Luar Negara
Penerima : Pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
- Skim Tabung Pusingan
Penerima : Pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di dalam negara
- Skim Bantuan Matrikulasi
Penerima : Pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- Skim Bantuan Pra-Sains
Penerima : Pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Pra-Sains.
- Skim Pinjaman Komputer
Penerima : Pelajar yang menuntut di IPTA termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia.
- Program Yayasan Bistari (Biasiswa : Diperkenalkan pada tahun 2010)
Penerima : Pelajar cemerlang dari peringkat ‘foundation’ hingga ijazah pertama di Universiti Swinburne dan Curtin sahaja.
E) Sekretariat Tabung Pendidikan Tinggi ( Maklumat Lanjut )
- Sekretariat Kepada Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
Skim Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
Penerima : Pelajar yang melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara dan Ijazah Lanjutan termasuk kursus pakar di dalam dan luar Negara dalam jurusan terpilih.
- Sekretariat Kepada Skim Pinjaman Tabung Pendidikan Sarawak (HiED)
Skim Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Sarawak (HiED)
Penerima : Pelajar yang melanjutkan pengajian ke Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Sarawak dalam jurusan Kejuruteran dan Ukur Bahan
- Sekretariat Kepada Tabung Amanah Bakun (TAB)
Skim Biasiswa Tabung Amanah Bakun
Penerima : Pelajar yang berasal dari Daerah Belaga yang melanjutkan pengajian ke Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam Negara.
- Skim Biasiswa Peringkat Sekolah Tabung Amanah Bakun
Penerima : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah yang berasal dari Daerah Belaga.
Skim Pelajar Cemerlang Tabung Amanah Bakun
Penerima : Pelajar-pelajar dari Belaga yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan awam
|