Latar Belakang YES

Pada bulan 21 Mac 2010 satu mesyuarat telah diadakan di Hotel Hilton, Kuching untuk membincang berkenaan cadangan untuk menubuh persatuan bekas pelajar tajaan Yayasan Sarawak.

Hasil daripada mesyuarat tersebut, satu jawatankuasa protem persatuan bekas pelajar tajaan Yayasan Sarawak telah ditubuhkan. Pada mesyuarat tersebut juga telah dicadangkan agar nama ringkasan bagi persatuan tersebut adalah YES yang bermaksud Yayasan Sarawak Ex-Student. Satu mesyuarat susulan turut diadakan di Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Semariang, Kuching pada bulan 1 April 2010 bagi memperbincangkan lebih lanjut isu-isu berkaitan penubuhan YES.

Semasa perbincangan kedua yang diadakan, Timbalan Yang Di-Pertua Jawatankuasa Protem telah mengesyorkan agar urusan penubuhan YES hendaklah disegerakan selewat-lewatnya awal Mei 2010. Beliau turut mencadangkan agar perasmian penubuhan YES hendaklah menjadi salah satu upacara program yang akan diadakan pada hari perasmian bangunan baru Yayasan Sarawak yang dijadualkan pada 27hb Mei 2010.

 

1st Meeting - Protem Setup.

pcert1