Penubuhan YES adalah bertujuan untuk mengumpulkan semua bekas pelajar yang pernah mendapat tajaan daripada Yayasan Sarawak sama ada dalam bentuk biasiswa, pinjaman atau lain-lain seperti yang dinyatakan dalam kriteria keahlian YES.
TUJUAN DAN MATLAMAT YES:
- Memperkukuh dan menggalakkan perpaduan dan persefahaman serta merapatkan hubungan di kalangan ahli-ahli dan masyarakat umum.
- Mengadakan aktiviti kebajikan masyarakat dan sosial yang boleh memberi manfaat dan kebaikan.
- Mewujud, memelihara dan menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahli di bidang sukan, sosial, kemasyarakatan dan sebagainya.
- Menggalak ahli-ahli untuk mewujud dan memelihara budaya, bekerjasama berkongsi dan bertukar ilmu pengetahuan dan maklumat bagi kepentingan bersama ahli-ahli.
- Menggalak dan memupuk kerjasama dan penggabungan dengan mana-mana badan atau Persatuan samada dari tempatan atau dari luar negeri, di mana gabungan dan kerjasama tersebut adalah untuk kepentingan ahli-ahli.
- Menganjurkan kerja gotong-royong bagi kebaikan umum.
- Menyediakan kemudahan-kemudahan tertentu bagi memenuhi tujuan-tujuan di atas serta memiliki harta benda.
- Menggabungkan ahli-ahli yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama dimana ahli-ahli berpeluang dan berkesempatan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti secara bersama.
- Mewujudkan peluang kepada ahli-ahli untuk mengembangkan bakat dan potensi dalam pelbagai bidang ke peringkat yang lebih tinggi.
- Memberi bantuan yang sewajarnya kepada ahli yang ditimpa kesusahan, kemalangan dan malapetaka.
- Menjalankan aktiviti penambahan sumber kewangan Persatuan dalam bentuk pelaburan dalam institusi perniagaan yang sah.
