Panduan Pendaftaran & Pembaharuan Keahlian

Pendaftaran Keahlian
  1. Keahlian Persatuan adalah terbuka kepada kesemua bekas pelajar tajaan pengajian oleh / dari Yayasan Sarawak yang melebihi umur lapan belas (18) tahun.
  2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh seorang (1) orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
  3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar Yuran Pendaftaran Masuk dan Yuran Tahunan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia menjadi ahli.
  4. Tiap-tiap permohonan yang telah diterima menjadi Ahli dan menjelaskan Yuran Pendaftaran Masuk dan Yuran Tahunan berhak menikmati segala keistimewaan keahlian.

Sila klik disini untuk mulakan proses pendaftaran anda.

Pembaharuan Keahlian
  1. 1) Bayaran Yuran Pendaftaran Masuk dan Yuran Tahunan yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :
    • a) Yuran Pendaftaran Masuk RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh sahaja)
    • b) Yuran Tahunan RM5.00 (Ringgit Malaysia Lima sahaja)
  2. Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari dalam tempoh 1 bulan awal tiap-tiap tahun.
  3. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada tiga (3) bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha atau wakilnya, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.
  4. Ahli yang membiarkan hutangnya lebih daripada enam (6) bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
  5. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
  6. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung Dwitahunan ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang Yuran Tahunan.
  7. Kadar Yuran Pendaftaran Masuk dan Yuran Tahunan sepertimana termaktub di bawah perlembagaan dan undang-undang ini boleh dipinda berdasarkan kepada budibicara dalam Mesyuarat Agung Dwitahunan akan tetapi tertakluk kepada kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
  8. Mana-mana Yuran Pendaftaran Masuk dan Yuran Tahunan yang telah dibayar setelah permohonan keahlian diterima tidak berhak dikembalikan dan menjadi hak Persatuan.