Yuran Keahlian

Yuran keahlian telah ditetapkan pada tahap minima agar penubuhan YES tidak akan menghalang para bekas pelajar menjadi ahli YES dan secara tidak langsung ia akan menarik lebih ramai ahli yang boleh menyumbang ke arah objektif penubuhan YES.
  1. Bayaran Yuran Pendaftaran Masuk dan Yuran Tahunan yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :
    • a) Yuran Pendaftaran Masuk RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh sahaja Seumur Hidup)
    • b) Yuran Tahunan RM5.00 (Ringgit Malaysia Lima sahaja sekali setahun)
  2. Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari dalam tempoh 1 bulan awal tiap-tiap tahun.
  3. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada tiga (3) bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha atau wakilnya, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.
  4. Ahli yang membiarkan hutangnya lebih daripada enam (6) bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
  5. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
  6. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung Dwitahunan ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang Yuran Tahunan.
  7. Kadar Yuran Pendaftaran Masuk dan Yuran Tahunan sepertimana termaktub di bawah perlembagaan dan undang-undang ini boleh dipinda berdasarkan kepada budibicara dalam Mesyuarat Agung Dwitahunan akan tetapi tertakluk kepada kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
  8. Mana-mana Yuran Pendaftaran Masuk dan Yuran Tahunan yang telah dibayar setelah permohonan keahlian diterima tidak berhak dikembalikan dan menjadi hak Persatuan.