Yayasan Sarawak Ex-Students (YES)

Penubuhan YES

Pada bulan Mac 2010 satu mesyuarat telah diadakan di Hotel Hilton, Kuching untuk membincang berkenaan cadangan untuk menubuh persatuan bekas pelajar tajaan Yayasan Sarawak. Hasil daripada mesyuarat tersebut, satu jawatankuasa protem persatuan bekas pelajar tajaan Yayasan Sarawak telah ditubuhkan. Pada mesyuarat tersebut juga telah dicadangkan agar nama ringkasan bagi persatuan tersebut adalah YES yang bermaksud Yayasan Sarawak Ex-Student. Satu mesyuarat susulan turut diadakan di Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Semariang, Kuching pada bulan Mac 2010 bagi memperbincangkan lebih lanjut isu-isu berkaitan penubuhan YES.

Semasa perbincangan kedua yang diadakan, Timbalan Yang Di-Pertua Jawatankuasa Protem telah mengesyorkan agar urusan penubuhan YES hendaklah disegerakan selewat-lewatnya awal Mei 2010. Beliau turut mencadangkan agar perasmian penubuhan YES hendaklah menjadi salah satu upacara program yang akan diadakan pada hari perasmian bangunan baru Yayasan Sarawak yang dijadualkan pada 27hb Mei 2010.

Logo & Warna YES
Biru : Keikhlasan dan kesungguhan untuk menyumbang balik melalui aktiviti sosial dan kebajikan kepada masyarakat umum.
Hijau : Kesuburan ikatan yang terjalin dikalangan para bekas pelajar
Kuning : Sinar ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh para bekas pelajar untuk dipraktikkan dan dikongsi bersama masyarakat umum dalam hasrat membina masyarakat bestari.
Huruf Y, E dan S
  • Lambang abstrak dari akronim Yayasan Sarawak Ex-Students (YES).
Huruf S dan Burung Kenyalang
  • Abstrak Burung Kenyalang yang melambangkan Negeri Sarawak dan juga melambangkan asal usul persatuan.
Huruf Y dan S
  • Lambang abstrak untuk akronim Yayasan Sarawak (YS).
  • Lambang ini membawa maksud persatuan yang sentiasa menghargai ikatannya dengan pihak Yayasan Sarawak.
Huruf E dan 3 garisan kuning
  • Lambang abstrak untuk akronim Ex (E)
  • 3 garisan kuning melambangkan keakraban, kesefahaman dan ikatan silatulrahim dalam merealisasikan visi dan misi persatuan.