Skim yang bertujuan mewujudkan integrasi nasional antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Skim ini melibatkan penajaan dan penghantaran pelajar yang cemerlang ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di:
Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berprestasi Tinggi serta Kolej Permata Pintar di Semenanjung Malaysia.
Sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Sarawak bagi pelajar dari Sabah dan Semenanjung.
Sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Sabah dan WP Labuan bagi pelajar dari Sarawak di bawah tajaan Yayasan Sabah.
Syarat
Mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berprestasi Tinggi atau Kolej Permata Pintar Negara.
Menduduki peperiksaan awam disekolah-sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan di negeri Sarawak.
Mendapat keputusan cemerlang UPSR atau PT3
Pelajar dari Sabah dipilih oleh Yayasan Sabah.
Keutamaan kepada pelajar dari keluarga kurang berada.
Bantuan
Yuran, buku dan alatulis serta elaun wang saku termasuk pakaian seragam sekolah/pakaian wajib yang dikenakan.
Program Kemasyarakatan bagi membantu dan menyedarkan masyarakat agar mengutamakan pendidikan sebagai pemangkin pembangunan keluarga. Kumpulan sasaran adalah:
Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.
Ibu bapa, Belia lepasan sekolah & Pemimpin masyarakat.
Komponen Program
Seminar Kecemerlangan Keibubapaan.
Seminar Kesedaran Pendidikan.
Ceramah motivasi dan akademik
Sesi Dialog bersama pelajar dan komuniti
Permainan dan khidmat masyarakat
Perlaksanaan Program
Melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Dareah, Pejabat Residen dan Pejabat Daerah.
Meringankan bebanan kewangan ibubapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.
Syarat
Terbuka kepada semua murid yang layak berdasarkan data e-Kasih
Murid Tahun 1 dan Tingkatan 1
Murid berkeperluan khas (OKU)
Murid-murid Penan
Disahkan oleh Focus Group Daerah
Bantuan
Baucer bernilai RM200.00 unuk membeli pakaian seragam sekolah, kasut dan beg di kedai-kedai yang terlibat.
Permohonan
Pihak sekolah mengenalpasti pelajar yang layak, disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah untuk dibentang dan disahkan oleh Focus Group Daerah. Senarai dihantar melalui Pejabt Residen untuk dipertimbangkan Yayasan Sarawak.
Inisiatif perintis Kerajaan Sarawak untuk mensejahterakan dan meringankan beban rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah di bandar-bandar utama.
Memudahkan anak-anak ke sekolah dengan menaiki bas percuma mengikut waktu dan jadual perjalanan bas selain dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar.
Bandaraya Kuching telah dipilih sebagai percubaan dan akan diperluaskan ke bandar-bandar lain yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi terutama Bintulu, Miri dan Sibu.
Perlaksanaan
Terbuka kepada semua pelajar di sekolah terlibat.
Perkhidmatan ini berdasarkan konsep ‘hop-on hop-off’’.
Senarai Sekolah Terlibat
SJK (C) Sungai Apong, SJK Chung Hua Kuching, SK Gita, SK Matang Jaya, SK Merpati Jepang, SK Petra Jaya, SK Rakyat Jalan Haji Bolhasan, SK Semariang, SK Semerah Padi, SK St. Andrew (M), SK Tabuan, SK Tabuan Hilir, SMK Bako, SMK Bandar Semariang, SMK Batu Kawa, SMK Jalan Arang, SMK Kuching High, SMK Matang Hilir, SMK Matang Jaya, SMK Pending, SMK Petra Jaya, SMK Santubong, SMK Semerah Padi, SMK Seri Setia, SMK St. Joseph, SMK St. Mary, SMK St. Teresa, SMK St. Thomas, SMK Tun Abang Haji Openg & SMK Tunku Abdul Rahman.
Menggalakkan pelajar membina tabiat membaca secara berstruktur dalam pelbagai disiplin ilmu khususnya dalam bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Komponen Program
Menyumbang bahan-bahan bacaan untuk diedarkan ke Sekolah Rendah dan Menengah yang terpilih di Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Pemberian Hadiah penghargaan kepada sekolah, kepimpinanya, guru, pelajar serta pegawai perkhidmatan pendidikan yang telah menunjukkan prestasi luar biasa menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan di negeri ini.
Menggalakkan kecemerlangan serta persaingan sihat di kalangan sekolah, pelajar dan staf perkhidmatan pendidikan
Perlaksanaan
Sekolah mengemukakan pencalonan kepada Jabatan Pendidikan negeri
Penerima anugerah tidak layak untuk pencalonan sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 tahun berikutnya.
Terbuka kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.