SARAWAK

PESAYA XIV

Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) merupakan pertandingan sukan dwitahunan antara semua yayasan negeri dalam Malaysia yang telah diwujudkan sejak 1991.

 

Objektif PESAYA adalah untuk mengeratkan hubungan antara yayasan negeri di Malaysia.

Sarawak adalah Tuan Rumah untuk PESAYA edisi ke-14 dan akan mempertandingkan lima belas (15) jenis sukan.

Slogan PESAYA

Perpaduan Dalam Kepelbagaian Melalui Sukan

Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak yang menjadi tuan rumah untuk PESAYA kali ke-14 mengalu-alukan kedatangan semua atlet-atlet yayasan negeri ke Sarawak sambil menikmati budaya dan makanan tempatan yang unik.

Kontinjen-kontinjen PESAYA XIV

Sebanyak 13 kontinjen dari yayasan seluruh Malaysia akan berkampung di Kuching, Sarawak bermula dari 10 hingga 19 Februari 2023