Pihak sekolah mengenalpasti pelajar yang layak, disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah untuk dibentang dan disahkan oleh Focus Group Daerah. Senarai dihantar melalui Pejabt Residen untuk dipertimbangkan Yayasan Sarawak.
Meningkatkan GPMP Pelajar-Pelajar terutama mereka dalam kategori GALUS.
Meningkatkan GPMP Bagi Mata pelajaran Teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah).
Meningkatkan GPS Sekolah dan Negeri Sarawak.
Perlaksanaan
Melibatkan sekolah-sekolah menengah yang bukan dalam kategori sekolah berprestasi tinggi, Sekolah Berasrama Penuh, dan Sekolah di bawah program HiPERS.
Sekolah yang terlibat akan mengenalpasti pelajar-pelajar yang berkelayakan dilibatkan dalam inisiatif Kelas Tuisyen mengikut subjek.
Penyertaan pelajar dalam Kelas Tuisyen adalah secara sukarela.
Keutamaan adalah pelajar-pelajar Tingkatan 5 dalam kategori GALUS (‘borderline’) terutamanya mereka dalam kumpulan B40.
Tumpuan utama adalah untuk pelajar di Tingkatan 5 yang akan menduduki SPM.