Untuk
Warga
YS
Language
Font Size A A A Color Green Blue Red
Sarawak Crest

IKLAN JAWATAN KOSONG YAYASAN SARAWAK BIL. 02/2019

Last updated on March 5th, 2022 at 05:39 am

Yayasan Sarawak mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan berikut

Klasifikasi Perkhidmatan:
Kemahiran

Kumpulan Perkhidmatan:
Pelaksana

Taraf Jawatan:
Tetap

Jadual Gaji:
Gaji Minimum: RM1,218.00
Gaji Maksimum: RM2,939.00

Skop Tugas Utama:
Memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan supaya sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.

Syarat Lantikan:

  • Memiliki Sijil Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Memiliki lesen memandu kelas D/E/E1/E2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali Lesen Memandu Percubaan (P); DAN
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Tambahan:

  • Berintegriti tinggi, efisien, proaktif, berfikiran positif, sanggup menerima cabaran dan bersedia untuk bekerja lebih masa dan di luar pejabat
  • Berumur tidak melebihi 40 tahun

Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon secara online melalui https://yayasansarawak.org.my/career/ pada atau sebelum 30 Jun 2019.

Dengan mengemukakan permohonan, anda telah bersetuju dan memberi kebenaran kepada Yayasan Sarawak untuk memproses data peribadi anda selaras dengan Personal Data Protection Act 2010 (PDPA).

Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklumbalas daripada Yayasan Sarawak selepas 3 (tiga) bulan daripada tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.