Untuk
Warga
YS
Language
Font Size A A A Color Green Blue Red
Sarawak Crest

FB Current News / Notice

Last updated on October 31st, 2025 at 04:56 pm


Latest Posts

2 days ago

Yayasan Sarawak
Lawatan Pemantauan Program Bantuan Pakaian SeragamSARIKEI/SIBU, 15 November 2025 – Saudara Mohd Khairuddin bin Norjali dari Seksyen Program dan Bantuan melaksanakan lawatan pemantauan tidak rasmi ke kedai pembekal Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak bagi meninjau kelancaran pelaksanaan program serta komitmen para pembekal.Sepanjang lawatan, beliau menerima maklum balas positif mengenai penggunaan sistem my-Yayasan dan turut berkesempatan menyerahkan barangan sekolah yang dibeli melalui e-Baucar oleh ibu penerima. Inisiatif ini diharapkan terus memberi impak yang baik kepada para pelajar.Disediakan oleh: Mustafa Arif / Ahmad JumadiKredit gambar: Mustafa Arif#yayasansarawak #pakaianseragamsekolah ... See MoreSee Less
View on Facebook

2 days ago

Yayasan Sarawak
Bowling Night Meriah Bersama Datu PengarahKUCHING, 14 November 2025 – Bowling Night anjuran Kelab Yayasan Sarawak telah berlangsung di Megalanes Sarawak, Emart Batu Kawa. Seramai 80 orang kakitangan hadir bagi memeriahkan acara yang bertujuan mengeratkan hubungan sesama wargakerja dalam suasana santai.YBhg. Datu Mohamad Junaidi bin Mohidin, Pengarah Yayasan Sarawak, menyempurnakan balingan perasmian sebagai simbolik bermulanya pertandingan. Acara diteruskan dengan perlawanan yang penuh semangat dan kerjasama.Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Tahniah kepada semua yang berjaya, dan terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga program seperti ini terus mengukuhkan ukhuwah warga Yayasan Sarawak.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi SabangKredit gambar: Abdul Ghafar Sahmat / Amirruddin Osman#yayasansarawak #kelabyayasansarawak #bowlingfun #LikeFollowShare ... See MoreSee Less
View on Facebook

3 days ago

Yayasan Sarawak
FTES 2026 Collaboration MeetingKUCHING, 14 November 2025 - Yayasan Sarawak attended the Coordination Meeting for the Free Tertiary Education Sarawak (FTES) 2026 hosted by the Ministry of Education, Innovation and Talent Development (MEITD) together with Curtin University Malaysia, Swinburne University of Technology Sarawak, University of Technology Sarawak - UTS and ICATS University College.The discussion focused on enhancing collaboration among institutions to ensure the programme’s strategic alignment is properly set before implementation.Yayasan Sarawak was represented by Ms. Nadeha Kamaludin, Principal Assistant Director (Corporate Communications Division) along with officers from the Higher Education Student Assistance Section.Prepared by: Ahmad Jumadi SabangCredit Photo: Nadeha Kamaludin#yayasansarawak #MEITD #CurtinMalaysia #swinburnesarawak #UTS #ICATSUniversityCollege #FreeEducation #LikeFollowShare ... See MoreSee Less
View on Facebook

4 days ago

Yayasan Sarawak
Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Seragam Sekolah dan Bantuan Buku BacaanBELAGA, 13 November 2025 - Sempena Lawatan Kerja YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak ke Belaga, beliau telah mengambil kesempatan ini untuk mengunjungi Sekolah Kebangsaan Tegulang bagi memantau perkembangan projek menaik taraf bangunan sekolah serta pembinaan asrama baharu.Dalam majlis tersebut, Yayasan Sarawak turut mengambil inisiatif untuk mengadakan simbolik majlis penyerahan bantuan, yang disempurnakan oleh YB Datuk Amar. Penyerahan tersebut melibatkan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah berjumlah RM23,200.00 untuk 116 orang pelajar serta Bantuan Buku Bacaan bernilai RM1,000.00.Yayasan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jabatan kerajaan Sarawak yang turut serta menjayakan dan memeriahkan majlis ini.Disediakan / Gambar: Mohd Khairuddin Norjali#yayasansarawak SK Tegulang #bantuansekolah #rakansarawak #SarawakMajuMakmur ... See MoreSee Less
View on Facebook

4 days ago

Yayasan Sarawak
Kunjungan Hormat ADUN Batu Lintang ke Yayasan SarawakWISMA ADENAN, 13 November 2025 – Pengarah Yayasan Sarawak menerima kunjungan hormat daripada ADUN N.11 Batu Lintang, YB Encik See Chee How, yang disambut mesra oleh pihak pengurusan. Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang-peluang kerjasama dalam pembangunan pendidikan.Turut hadir Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak, Encik Watson Chunggat Leornard Doo bersama barisan pegawai kanan Yayasan Sarawak.Disediakan / Jurufoto: Ahmad Jumadi Sabang#yayasansarawak #pendidikan #KunjunganHormat #LikeFollowShare ... See MoreSee Less
View on Facebook

1 week ago

Yayasan Sarawak
Pasukan Yayasan Sarawak Semarakkan Semangat dan Keseronokan di MAKSAK Amazing Race 2025KUCHING, 8 November 2025 – Suasana penuh semangat dan keceriaan mewarnai MAKSAK Amazing Race 2025 yang turut disertai dua pasukan dari Yayasan Sarawak. Acara yang dianjurkan oleh MAKSAK Wanita Sarawak telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Persekutuan-Negeri) di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching.Pasukan Yayasan Sarawak diwakili guru-guru Taska Tadika Yayasanku Sayang terdiri daripada Team La Reina Del Mar diketuai oleh Maryani binti Dawi bersama Siti Noorlis binti Hassan dan Husnazirah binti Rashidi, manakala Team One-Peach diketuai oleh Zaneeny binti Abu bersama Syahirah binti Shazali dan Raja Norhazneen binti Raja Hairul Zamir.Para peserta menempuh pelbagai cabaran menarik di lokasi indah seperti Sarawak Botanical Garden, Pustaka Negeri Sarawak dan Damai Lagoon. Semangat berpasukan yang terpancar menggambarkan nilai sebenar MAKSAK dalam memperkukuh silaturahim, memupuk semangat kesukanan, keceriaan dan gaya hidup sihat.Hadir sama, YBhg. Dato Hajah Baduyah binti Haji Bujang, Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak. Puan Nadeha binti Kamaludin, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Komunikasi Korporat) Yayasan Sarawak turut hadir memberi sokongan kepada pasukan Yayasan Sarawak.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi SabangKredit gambar: Nadeha Kamaludin#yayasansarawak #maksaksarawak #amazingrace #LikeFollowShare MAKSAK Sarawak ... See MoreSee Less
View on Facebook

1 week ago

Yayasan Sarawak
WISMA ADENAN, 8 November 2025 - Seekor buaya yang dikesan berada di Tasik Yayasan Sarawak sejak beberapa minggu lalu akhirnya berjaya diumpan oleh kakitangan Yayasan Sarawak.Pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah dihubungi untuk tindakan lanjut dan bertindak menembak mati buaya sepanjang 9 kaki tersebut bagi memastikan keselamatan awam terjamin. ... See MoreSee Less
View on Facebook

2 weeks ago

Yayasan Sarawak
Piala Perak Yayasan Sarawak 2025 Pacu Semangat dan Potensi Atlet MudaMIRI, 6 November 2025 - Majlis Penutupan Rasmi Pertandingan Bola Sepak Piala Perak Rebutan Yayasan Sarawak 2025 hari ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Sarawak, Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim.Pertandingan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan kerjasama Yayasan Sarawak itu melibatkan 12 pasukan Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) bagi kategori 11 tahun ke bawah, membabitkan 209 pemain, 127 pegawai, 19 pengadil dan 80 ahli jawatankuasa kerja.MSSB Kuching dinobatkan sebagai juara, diikuti MSSB Bintulu, MSSB Samarahan dan MSSB Betong. Kejohanan ini menjadi landasan menggilap bakat muda serta memperkukuh semangat kesukanan dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi SabangKredit gambar: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak / Mohamad Hafizi Talhah#yayasansarawak #jabatanpendidikansarawak #bolasepak #pialaperakyayasansarawak #ikbnmiri #LikeFollowShare ... See MoreSee Less
View on Facebook

2 weeks ago

Yayasan Sarawak
Inisiatif Bersama Yayasan Sarawak dan Yayasan Terengganu Perkasa Modal InsanWISMA ADENAN, 4 November 2025 - Yayasan Terengganu telah mengadakan lawatan rasmi ke Sarawak bagi melaksanakan sesi temuduga kemasukan ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu bagi ambilan tahun 2025. Rombongan tersebut terdiri daripada lima orang pegawai yang diketuai oleh Puan Suffianah binti Jalaluddin, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Imtiaz.Sesi temuduga berkenaan melibatkan lapan orang pelajar dari Sarawak yang telah melepasi saringan awal. Pelajar-pelajar yang berjaya akan ditawarkan penajaan di bawah Biasiswa Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak, yang memberi peluang kepada mereka menimba pengalaman pembelajaran di luar negeri serta mengikuti kelas hafazan yang lebih sistematik.Selain menjalankan sesi temuduga, rombongan Yayasan Terengganu turut mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datu Pengarah Yayasan Sarawak. Pertemuan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua yayasan dalam memperkasa bidang pendidikan, khususnya dalam pembangunan modal insan berteraskan ilmu, akhlak dan kepimpinan.Disediakan / gambar oleh: Helmi bin Annual @ AnnuarJurufoto: Ahmad Jumadi Sabang#yayasansarawak #yayasanterengganu Yayasan Terengganu SM Imtiaz Kuala Nerus SM Imtiaz YT Marang #LikeFollowShare ... See MoreSee Less
View on Facebook

2 weeks ago

Yayasan Sarawak
#PremierSarawak #AbangJo #Congratulations #SarawakMajuMakmur ... See MoreSee Less
View on Facebook

VISIT FACEBOOK

The website content is valid as at 2025-11-17 11:42:51