Untuk
Warga
YS
Language
Font Size A A A Color Green Blue Red
Sarawak Crest

Photo Gallery Listing

Last updated on February 26th, 2024 at 10:26 am


14 Mei 2024 (Selasa) - Rombongan Yayasan Sarawak yang diketuai oleh Pengarah Yayasan Sarawak, YBrs Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Yayasan Sabah.⁣Rombongan telah disambut mesra oleh Pengarahnya, YB Dato' Sri Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, JP bersama pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah di Sabah International Convention Center.⁣Turut bersama delegasi ialah dari Curtin University Malaysia, Swinburne University of Technology Sarawak, University of Technology Sarawak, Kolej Laila Taib - KLT, ICATS University College dan Centre for Technology Excellence Sarawak serta pengurusan Yayasan Sarawak.⁣#LikeFollowSharePhoto: KYS - Kumpulan Yayasan Sabah ... See MoreSee Less

17 hours ago  ·  

View on Facebook
13 Mei 2024 (Isnin) - Mesyuarat Program Pertukaran Pelajar bersama Bahagian Pembangunan Pendidikan Yayasan Sabah dipengerusikan oleh Puan Bahiwata S. Mulia, Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Pendidikan Yayasan Sabah bertempat di Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah.KYS - Kumpulan Yayasan Sabah #studentexchangeprogram ... See MoreSee Less

2 days ago  ·  

View on Facebook
11-12 Mei 2024 - Yayasan Sarawak turut serta pameran sempena Program Jom Masuk U 2024 anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi bertempat di The Hills, Kuching.⁣Untuk pertanyaan berkaitan Program dan Bantuan Pendidikan Yayasan Sarawak, sila hubungi kami melalui emel di ys@yayasansarawak.org.my ⁣atau telefon 082-441686 (waktu pejabat)⁣.#LikeFollowShare#kementerianpendidikantinggi ... See MoreSee Less

3 days ago  ·  

View on Facebook
11-12 Mei 2024 - Yayasan Sarawak turut serta pameran sempena Sarawak TVET Carnival 2024 anjuran TEGAS Community Innovation Learning (TCIL) bertempat di Dewan Serian Conference Centre (SCC).⁣Untuk pertanyaan berkaitan Program dan Bantuan Pendidikan Yayasan Sarawak, sila hubungi kami melalui emel di ys@yayasansarawak.org.my ⁣atau telefon 082-441686 (waktu pejabat)⁣.⁣⁣⁣#LikeFollowShare#kementerianpendidikantinggi ... See MoreSee Less

3 days ago  ·  

View on Facebook
𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐔 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝟏 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐃𝐈 𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐋𝐋𝐒, 𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 ‼️Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)🗓️ 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟏𝟏 & 𝟏𝟐 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 & 𝐀𝐡𝐚𝐝)🕒 𝐌𝐚𝐬𝐚: 𝟖.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟓 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: 𝐓𝐡𝐞 𝐇𝐢𝐥𝐥𝐬, 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠Masuk adalah PERCUMA! Pelbagai hadiah dan cabutan bertuah menarik menanti para pengunjung. #MalaysiaMADANI #JMU2024 #UNIMAS #UNIMASofficial #communitydrivenuniversity #JomMasukUNIMAS ... See MoreSee Less

4 days ago  ·  

View on Facebook
8 Mei 2024 - Bagi pihak Kerajaan Sarawak, Yayasan Sarawak yang diwakili oleh Pemangku Timbalan Pengarah (Pendidikan), Encik Watson Chunggat Leonard Doo menerima Sijil Penghargaan Rakan Strategik PTPTN sempena Majlis Mesra Pelanggan PTPTN 2024 yang berlangsung di Royale Chulan Kuala Lumpur. ... See MoreSee Less

7 days ago  ·  

View on Facebook
5 Mei 2024 (Ahad) - Pasukan Yayasan Sarawak telah menyertai MAKSAK SARAWAK GAMES 2024 OLAHRAGA Antara Kelab-Kelab Gabungan Sarawak yang berlangsung selama dua (2) hari bermula 4 Mei 2024 di Stadium UNIMAS, Samarahan.⁣⁣⁣⁣Pasukan Yayasan Sarawak berjaya memenangi beberapa pingat:⁣⁣⁣⁣Juliana binti Saed⁣⁣- Emas (Acara Lompat Jauh)⁣⁣- Gangsa (Acara 800 meter Wanita Senior Veteran)⁣⁣⁣⁣Muhammad Haziq bin Rahmatullah⁣⁣- Perak (Acara 800 meter Lelaki Terbuka)⁣⁣- Gangsa (Acara 400 meter Lelaki Terbuka)⁣⁣⁣⁣Izzat Izanie bin Ismuni⁣⁣- Gangsa (Acara 200 meter Lelaki Terbuka)⁣⁣⁣⁣Tahniah kepada semua atlit Yayasan Sarawak.⁣⁣TERBAIK!⁣⁣⁣⁣Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)⁣Foto oleh: Awangku Mohamad Hasrullah bin Awang Koh Morsidi (Kelab Yayasan Sarawak)⁣ & FB MAKSAK SarawakMAKSAK Sarawak#maksaksarawak2024#LikeFollowShare ... See MoreSee Less

1 week ago  ·  

View on Facebook
30 April 2024 (Selasa) - Susulan pengumuman YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, pihak pengurusan Yayasan Sarawak diketuai Pemangku Timbalan Pengarah (Pendidikan), Encik Watson Chunggat Leornard Doo telah melawat keluarga mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna di Kampung Engkaroh, Tebekang, Serian.⁣Berkesempatan bertemu ibu mertua mendiang, segala butiran peribadi dua anak mendiang yang diberikan akan didaftarkan dalam data Yayasan Sarawak bagi tujuan menanggung pendidikan mereka pada masa akan datang. Perkembangan dari segi pendidikan anak-anak mendiang akan dimaklumkan melalui bapa mereka.Premier Sarawak yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak dalam lawatan beliau pada 28 April lalu mengumumkan Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak akan menanggung pendidikan kedua-dua anak mendiang sehingga ke peringkat pengajian tertinggi.⁣Turut hadir ialah Penolong Pengarah (Seksyen Korporat), Encik Jolly bin Marikan serta kakitangan Yayasan Sarawak. Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)⁣Foto oleh: Muhamad Haziq bin Rahmatullah (CorpComm)Kementerian Pendidikan Malaysia Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak #LikeFollowShare #TLDM ... See MoreSee Less

2 weeks ago  ·  

View on Facebook