Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Sarawak Crest

Photo Gallery Listing

Last updated on February 26th, 2024 at 10:26 am


26 Julai 2024 | Jumaat | SibuYayasan Sarawak pagi tadi mengadakan Sesi Taklimat dan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Biasiswa Pinjaman Latihan Teknikal kepada seramai 18 orang pelajar Akademi Pelita Maslaut, Sibu.Majlis telah disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak, Encik Watson Chunggat Leornard Doo.Turut hadir Encik Mohd Nazim bin Hj Masni, Pengurus Besar Kumpulan Pelita Maslaut.Bantuan ini bertujuan untuk menyokong anak Sarawak yang minat dalam bidang maritim di samping meningkatkan komitmen Yayasan Sarawak terhadap pembangunan tenaga kerja di Sarawak.Disediakan oleh: Jumadi (CorpComm)Gambar: Awangku Nasrullah (CorpComm)Pelita Maslaut Maritime Training Institution #LikeFollowShare ... See MoreSee Less

19 hours ago  ·  

View on Facebook
26 Julai 2024 | Jumaat Sekitar persiapan dan promosi Ekspo Pendidikan Sarawak 2024 oleh penganjur Pejabat Daerah seluruh Sarawak yang akan diadakan pada hari Sabtu, 27 Julai 2024.šŸ“£PERHATIAN: Lepasan SPM & STPMā°Pameran bermula 8.00 pagi hingga 2.00 petangšŸ“Serentak 43 lokasi seluruh Sarawak!Institusi terlibat dalam pameran:- Curtin University Malaysia- Swinburne University of Technology Sarawak- University of Technology Sarawak- Kolej Laila Taib - KLT- ICATS University College- Centre for Technology Excellence Sarawak- Sarawak Skills- Pelita Maslaut Maritime Training Institution- Yayasan Sarawak International Secondary School ... See MoreSee Less

23 hours ago  ·  

View on Facebook
25 Julai 2024 | Khamis | KuchingMesyuarat persiapan terakhir untuk Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan Sarawak 2024 telah diadakan di Kolej Universiti i-CATS yang dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Biasiswa, Program dan Bantuan), Encik Zamahari bin Haji Saidi.Mesyuarat ini dihadiri oleh pelbagai pihak berkepentingan termasuk hos Kolej Universiti i-CATS dan turut disertai wakil dari JKR, Polis, Sekolah SAKURA serta pihak katerer.Perbincangan tertumpu kepada peranan dan tanggungjawab tugasan masing-masing bagi memastikan kelancaran majlis yang akan dirasmikan oleh YAB Premier Sarawak.Ekspo Pendidikan Sarawak 2024 dijangka menarik ribuan pengunjung yang akan diadakan serentak di 43 lokasi seluruh Sarawak.Disediakan: Jumadi (CorpComm)Gambar: Haznetta Howell (CorpComm)ICATS University College, Polis Sarawak, SM Sains Kuching Utara - Sakura, Jabatan Kerja Raya Sarawak, #LikeFollowShare @followers ... See MoreSee Less

2 days ago  ·  

View on Facebook
Video Promo Ekspo Pendidikan Sarawak 2024 ... See MoreSee Less

2 days ago  ·  

View on Facebook
24 Julai 2024 | Rabu | Wisma AdenanSesi Taklimat Ekspo Pendidikan Sarawak 2024 telah diadakan petang tadi bagi memberi panduan tentang persiapan dan perancangan program kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat.Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Biasiswa, Program dan Bantuan) Yayasan Sarawak, Encik Zamahari bin Haji Saidi.Ekspo ini dijangka akan dirasmikan oleh YAB Premier Sarawak pada hari Sabtu, 27 Julai 2024 di Kolej Universiti i-CATS dan akan diadakan serentak di 43 lokasi anjuran Pejabat Daerah seluruh Sarawak. Ekspo kali ini turut dibantu oleh pihak pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).Disediakan oleh: Jumadi (CorpComm)Gambar: Anis Hanani (CorpComm)#LikeFollowShare#ekspopendidikansarawak ... See MoreSee Less

3 days ago  ·  

View on Facebook
24 Julai 2024 | Rabu | KuchingPengarah Yayasan Sarawak, YBrs. Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli pada pagi ini telah menghadiri jemputan rasmi daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar di Bilik Menghadap Kecil, Astana Negeri Sarawak.Dalam pertemuan itu, Tuan Haji Mersal telah memaklumkan hala tuju Yayasan Sarawak dengan segala perancangan program dan aktiviti bagi membantu memperkasakan sektor pendidikan dan kebajikan di Sarawak selain senantiasa menyediakan bantuan pendidikan kepada masyarakat yang memerlukan.Pengarah Yayasan Sarawak merakamkan penghargaan junjung kasih atas jemputan tersebut dan memberikan komitmen untuk terus berusaha demi kebaikan pembangunan pendidikan di Sarawak.Turut mengiringi beliau, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak, Encik Watson Chunggat Leornard Doo.Disediakan oleh: Jumadi (CorpComm)Foto: Mustafa Arif (Pejabat Pengarah)#LikeFollowShare ... See MoreSee Less

3 days ago  ·  

View on Facebook
23 Julai 2024 | Selasa | KuchingHari ini, YBrs. Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli telah hadir ke Sesi Dialog Bersama Pengarah Yayasan Sarawak (Kumpulan Yayasan Sarawak) di Auditorium SCOPE, Bangunan Yayasan Sarawak, Jalan Masjid, Kuching.Sesi anjuran Sanjung Etika Sdn Bhd memberi tumpuan untuk meningkatkan kerjasama dan meneroka peluang baharu untuk kepentingan bersama.Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif dan wakil daripada Sanjung Etika Sdn Bhd, SCOPE, Leadership Institute, YSIE Sdn Bhd, UTS dan CENTEXS. Disediakan oleh: Jmadi (CorpComm)Gambar: Mustafa Arif (Pejabat Pengarah)#LikeFollowShare ... See MoreSee Less

3 days ago  ·  

View on Facebook