Skim yang bertujuan mewujudkan integrasi nasional antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Skim ini melibatkan penajaan dan penghantaran pelajar yang cemerlang ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di:
Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berprestasi Tinggi serta Pusat GENIUS@Pintar Negara UKM di Semenanjung Malaysia.
Sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Sarawak bagi pelajar dari Sabah dan Semenanjung.
Sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Sabah dan WP Labuan bagi pelajar dari Sarawak di bawah tajaan Yayasan Sabah.
Syarat
Warganegara Malaysia dan tiada penajaan/biasiswa lain.
Lulus Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
Mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berprestasi Tinggi atau Kolej GENIUS@Pintar Negara.
Merangkumi Pelajar Sarawak yang lahir dan bermastautin di Sarawak ke Semenanjung dan Labuan, Pelajar Sabah yang lahir dan bermastautin di Sabah ke Sarawak, Pelajar Semenanjung yang lahir dan bermastautin di Semenanjung ke Sarawak.
Bantuan
Yuran, elaun buku dan alatulis, pakaian seragam sekolah/pakaian seragam persatuan, keperluan rasmi dan wang saku.
Program Kemasyarakatan bagi membantu dan menyedarkan masyarakat agar mengutamakan pendidikan sebagai pemangkin pembangunan keluarga. Kumpulan sasaran adalah:
Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.
Ibu bapa, Belia lepasan sekolah & Pemimpin masyarakat.
Komponen Program
Jerayawara Pendidikan.
Program Kesedaran Pendidikan.
Program Jelajah ke IPT dan Institusi Teknikal.
Perlaksanaan Program
Melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Dareah, Pejabat Residen dan Pejabat Daerah.
Pihak sekolah mengenalpasti pelajar yang layak, disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah untuk dibentang dan disahkan oleh Focus Group Daerah. Senarai dihantar melalui Pejabt Residen untuk dipertimbangkan Yayasan Sarawak.
Inisiatif perintis Kerajaan Sarawak untuk mensejahterakan dan meringankan beban rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah di bandar-bandar utama.
Perlaksanaan
Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma secara ‘hop-on hop-off’’ di Kuching dan pelajar atau murid boleh menaiki bas sekolah secara percuma di laluan-laluan yang telah ditetapkan (Sila rujuk Brosur Laluan Bas di bawah).
Bantuan Tambang Bas Sekolah untuk pelajar dan murid kategori B40 di Sibu, Bintulu dan Miri.
Menggalakkan pelajar membina tabiat membaca secara berstruktur dalam pelbagai disiplin ilmu khususnya dalam bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Komponen Program
Menyumbang bahan-bahan bacaan untuk diedarkan ke Sekolah Rendah dan Menengah yang terpilih di Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Pemberian Hadiah penghargaan kepada sekolah, kepimpinanya, guru, pelajar serta pegawai perkhidmatan pendidikan yang telah menunjukkan prestasi luar biasa menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan di negeri ini.
Menggalakkan kecemerlangan serta persaingan sihat di kalangan sekolah, pelajar dan staf perkhidmatan pendidikan
Perlaksanaan
Sekolah mengemukakan pencalonan kepada Jabatan Pendidikan negeri
Penerima anugerah tidak layak untuk pencalonan sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 tahun berikutnya.
Terbuka kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.