Membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.
Syarat
Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
Terbuka kepada pelajar untuk semester 1 sahaja.
Mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Curtin Miri, Swinburne Kuching dan UCTS Sibu.
Ibubapa / penjaga pelajar mempunyai pendapatan perkapita RM1,500.00 dan ke bawah.
Hanya meliputi kemasukan peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan.
Bantuan
Geran bantuan tidak perlu dibayar balik ini adalah seperti berikut:
Dalam Sarawak : RM1,000.00
Luar Sarawak : RM1,500.00