Biasiswa Pinjaman kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta Tempatan dengan keutamaan diberikan kepada IPTS milik Yayasan Sarawak atau Kerajaan Negeri Sarawak.
Syarat
Permohonan di buka sepanjang tahun.
Anak jati Sarawak iaitu salah seorang ibu atau bapa orang Sarawak.
Pengajian sepenuh masa dan tidak mempunyai penaja.
Mengemukakan surat tawaran pinjaman PTPTN dan struktur yuran pengajian bagi memohon ‘Top-up’ untuk yuran pengajian sahaja.
Dua (2) orang penjamin yang mempunyai pekerjaan tetap dan umur tidak melebihi 60 tahun.
Bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian.
Bantuan
Pembayaran pertama akan dikeluarkan setelah penerimaan dokumen perjanjian yang lengkap.
Pembayaran seterusnya akan dikeluarkan setelah penerimaaan salinan keputusan peperiksaan yang lengkap.
Melanjutkan pengajian ke luar negara bagi membiayai sebahagian kos pengajian.
Syarat
Permohonan dibuka sepanjang tahun.
Anak jati Sarawak iaitu salah seorang ibu atau bapa orang Sarawak.
Keutamaan diberikan kepada kursus yang tidak terdapat di dalam negara.
Kursus dan universiti diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia melaui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Mengemukakan cagaran hartanah dan dua (2) orang penjamin.
Tidak mempunyai penaja.
Bayaran balik pinjaman selepas enam (6) bulan tamat pengajian.
Bantuan
Kadar pinjaman yang diluluskan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pendidikan dan terhad kepada maksima RM100,000.00 setahun dengan tempoh maksima sepanjang 4 tahun.
Menyediakan bantuan kepada anak Sarawak yang beminat mengikuti kursus teknikal di mana-mana Institusi Latihan Kemahiran/Teknikal Tempatan di bawah panel Yayasan Sarawak.
Syarat
Anak jati Sarawak iaitu salah seorang ibu atau bapa orang Sarawak.
Berumur 16 tahun hingga 30 tahun.
Berminat mengikuti latihan secara sepenuh masa.
Keutamaan kepada pelatih yang tidak berpeluang atau gagal melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi.
Bayaran balik pinjaman selepas enam (6) bulan tamat latihan dan rebat 50% untuk pelatih yang lulus.
Bantuan
Membiayai yuran latihan/kursus sepanjang tempoh pengajian dengan maksimum RM10,000 setahun.