SKIM BIASISWA PERINGKAT SEKOLAH TABUNG AMANAH BAKUN
Nama Skim
SKIM BIASISWA TEMPATAN
Tujuan
Disediakan kepada pelajar peringkat Sekolah Menengah di Negeri Sarawak yang tiada kemampuan untuk membiayai persekolahan mereka supaya membolehkan mereka meneruskan persekolahan serta menggalakkan mereka mempertingkatkan prestasi akademik.
Syarat
Permohonan adalah melalui sekolah dan akan di senarai tapis oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS).
Bantuan
Bayaran tunai ke akaun pelajar setahun berdasarkan kadar berikut:
Skim yang bertujuan meningkatkan semangat 1 Malaysia ini melibatkan penajaan dan penghantaran pelajar yang cemerlang ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di:
Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berprestasi Tinggi di Semenanjung Malaysia.
Sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Sarawak bagi pelajar dari Sabah dan Semenanjung.
Sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Sabah bagi pelajar dari Sarawak di bawah tajaan Yayasan Sabah.
Syarat
Pendaftaran ke Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berprestasi Tinggi melalui sekolah.
Mendapat keputusan 5A (UPSR) & 8A (PMR).
Kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Memohon tajaan biasiswa daripada Yayasan Sarawak.
Mengisi dengan lengkap borang permohonan YS/PPP/07 (Pindaan 1/2007).
Bantuan
Yuran, buku dan alatulis serta elaun wang saku termasuk pakaian seragam beruniform.
Tiket penerbangan pergi-balik setiap tahun.
Nama Skim
GERAN BANTUAN MATRIKULASI
Tujuan
Bantuan awal kewangan kepada pelajar matirkulasi sebelum menerima wang Biasiswa daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Syarat
Mendapat tawaran daripada Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Program Asasi daripada Intitusi Pengajian Tinggi Awam.
Mengisi dengan lengkap borang permohonan YS/17/2000 dan tertakluk kepada peruntukan.
Bantuan
Geran antara RM500.00 - RM1,000.00 tertakluk kepada kelulusan berdasarkan pendapatan perkapita keluarga untuk sekali sepanjang pengajian sahaja.
Nama Skim
SKIM BIASISWA BESTARI YAYASAN SARAWAK
Tujuan
Sebagai usaha untuk menggalakkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan sahaja.
Syarat
Terbuka kepada anak Sarawak yang cemerlang dalam akademik.
Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
Mengikuti pengajian di Swinburne University of Technology Sarawak Campus dan Curtin University of Technology Miri Campus sahaja.
Bantuan
Yuran pengajian, sara hidup, pengangkutan, bantuan buku, tesis dan komputer.
Nama Skim
SKIM YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN
Tujuan
Pemberian biasiswa kepada para pelajar yang cemerlang dan mengikuti pengajian Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara dan Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara.
Syarat
Terbuka kepada warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada anak Negeri Sarawak.
Pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik serta aktif dalam kegiatan ko-korikulum.
Pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Kedoktoran dan Kepakaran.
Mengikuti kursus yang disyorkan oleh Lembaga Amanah dan lulus temuduga.
Tawaran permohonan akan diiklankan di dalam akhbar tempatan.
Mengisi dengan lengkap borang permohonan YBSTAR/1/2010.
Bantuan
Ijazah Sarjana Muda: Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Kertas Projek, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali, Elaun Latihan Ilmiah/Tesis & Tiket Penerbangan.
Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran): Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Tesis, Elaun Pengajian Akhir & Tiket Penerbangan.
Tiket penerbangan pergi-balik (sekali setahun dalam negara dan sekali sepanjang kursus untuk luar negara).
Nama Skim
SKIM BIASISWA TABUNG AMANAH BAKUN
Tujuan
Untuk memberi bantuan kepada pelajar yang berasal dari Daerah Belaga dan layak melanjutkan pengajian ke Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara.
Syarat
Latar belakang sosio ekonomi dan mendapat tawaran di Institusi Pengajian Tinggi.
Mengisi dengan lengkap borang permohonan BCT/1.
Bantuan
Biasiswa – Peringkat Sijil hingga Ijazah Sarjana Muda.
Pinjaman – Ijazah Sarjana hingga PhD, dengan seorang (1) penjamin dengan amaun pinjaman untuk yuran pengajian sahaja.
Nama Skim
SKIM BIASISWA PERINGKAT SEKOLAH TABUNG AMANAH BAKUN
Tujuan
Untuk memberi bantuan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah yang berasal dari Daerah Belaga.
Syarat
Pendapatan ibubapa tidak lebih RM800.00 sebulan bagi yang tinggal di Daerah Belaga.
Pendapatan ibubapa tidak lebih RM1,500.00 sebulan bagi yang tinggal di luar Daerah Belaga.
Mengisi dengan lengkap borang permohonan BCT/2.
Bantuan
Biasiswa sekali setahun dengan amaun yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pendidikan Tabung Amanah Bakun.
Berita
Semasa
Koleksi
isu-isu semasa berkenaan pendidikan seluruh Malaysia