edge
logo
melayu english reduce increase divide rss side
side logo
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Pelajar Cemerlang Tajaan Kerajaan Perlu Kembali Berkhidmat Kepada Negara - TPM
19 April 2012
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Pelajar cemerlang yang menerima tajaan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dinasihat supaya mengambil peluang untuk menyerlahkan potensi diri dan kembali berkhidmat kepada negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana kadang kala, potensi seseorang individu hanya akan dapat diserlahkan apabila mereka diberi peluang.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata dalam mengharungi persekitaran global yang semakin kompetitif dan mencabar tidak mustahil generasi pelajar yang ditaja hari ini akan mencapai kejayaan yang tidak mampu dicapai ketika ini.

"Sehubungan itu, saya ingin berpesan kepada pelajar sekalian selaku generasi muda bahawa masa depan negara kita terletak di bahu anda semua.

"Oleh itu, gunakanlah peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan apabila tamat pengajian nanti, curahkanlah khidmat bakti anda kepada negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian surat tawaran Biasiswa Nasional kepada 50 pelajar yang mendapat A+ bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 di Institut Tadbiran Awam Negara di sini, pada Khamis.

-- BERNAMA
 

 


iso
pendaftaran pelajar di Mesir
yes

Berita Semasa
Koleksi isu-isu semasa berkenaan pendidikan seluruh Malaysia
Lagi

Pautan
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak
Jalan Sultan Tengah, Samariang, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 24th July 2014 02:09:09 PM
22080119 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star