edge
logo
melayu english reduce increase divide rss side
side logo
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Dan Rang Undang-undang Institusi Pelajaran Dilulus
19 April 2012
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012 yang bertujuan memberi peluang kepada pelajar menyertai parti politik, diluluskan dengan pindaan oleh Dewan Rakyat malam Khamis.

Pindaan yang dibuat pada Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 melibatkan subseksyen 47(2)(c) yang bercadang menghalang pelajar bertanding dalam pilihan raya bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar di dalam kampus jika pelajar itu memenang apa-apa jawatan dalam satu parti politik, dibatalkan.

Manakala pindaan pada Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012 turut membatalkan subseksyen 10(2)(2) yang dicadangkan untuk menghalang pelajar daripada bertanding dalam pilihan raya bagi atau memengang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dalam kampus jika pelajar itu memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu parti politik.

Larangan tersebut juga bertujuan untuk mengekalkan keberkecualian di dalam kampus.

-- BERNAMA 
 

 


iso
pendaftaran pelajar di Mesir
yes

Berita Semasa
Koleksi isu-isu semasa berkenaan pendidikan seluruh Malaysia
Lagi

Pautan
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak
Jalan Sultan Tengah, Samariang, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 9th October 2014 05:43:22 AM
22499293 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star