edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Yayasan Sarawak berperanan penting perkasa pendidikan
15 June 2017

Ia beri pinjaman, biasiswa selain beri penghargaan dan galakan melalui penyampaian hadiah cemerlang

LIMBANG: Yayasan Sarawak satu-satunya agensi kerajaan berperanan penting memperkasa pembangunan pendidikan di negeri ini.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata Yayasan Sarawak memberi kemudahan pinjaman dan biasiswa selain meningkatkan kecemerlangan pelajar dengan memberi penghargaan dan galakan melalui penyampaian hadiah cemerlang.

Kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak menyedari betapa pentingnya pendidikan sebagai asas atau pemangkin kepada modal insan berkualiti, katanya.

Beliau berkata demikian ketika penyampaian Hadiah Cemerlang dan Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak di Dewan Bunga Raya di sini semalam.

Turut hadir wakil Residen Limbang Selamat Jati Yanjah, wakil Pengarah Yayasan Sarawak Jolly Marikan, Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri dan wakil Pegawai Pendidikan Daerah Latipah Nayan.

Jelasnya, tidak dinafikan Yayasan Sarawak mempunyai peranan besar dalam memperkasa pendidikan sejak ditubuh pada 1971.

Dr Abdul Rahman berkata lagi, kerajaan sentiasa memberi penekanan dan galakan tinggi kepada pembangunan pendidikan teknikal sesuai dengan kerelevanan pendidikan dalam bidang kejuruteraan.

Beliau berkata hasrat itu sejajar dengan persaingan dihadapi negara pada masa depan selain memastikan pembangunan termasuk kemajuan negeri ini sebagai negeri maju serta berpendapatan tinggi tercapai dengan jayanya.

Hanya melalui pendidikan sahaja kita mampu melahirkan modal insan berkualiti sekali gus bersaing dengan pelbagai pihak dalam era serba mencabar, katanya.

Pendidikan teknikal katanya, sejajar dengan pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang memerlukan ramai tenaga kerja dalam bidang teknikal.

Di negeri kita banyak institusi latihan kemahiran (swasta dan kerajaan) menyediakan pelbagai bentuk latihan kemahiran kepada anak-anak kita.

Salah satunya adalah CENTEXS yang menyediakan latihan pengimpalan, latihan berasas minyak dan gas, jahitan dan sebagainya, ujarnya.

Menurutnya tiada sebab dan alasan anak-anak tidak berjaya.

Peluang disedia kerajaan negeri, jika akademik tidak memuaskan, kita boleh menceburi dan menerokai bidang kemahiran dan teknikal, katanya.

Pada majlis itu seramai 223 penerima baucar pakaian seragam dan 36 penerima hadiah cemerlang 2016 menerima hadiah dan baucar masing-masing.

Source : Utusan Borneo oleh Mastura Ismail

 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 20 September 2017 10:18:00
54373281 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star