edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Yayasan Sarawak utama pembiayaan pendidikan
13 July 2017
KUCHING: Yayasan Sarawak memperuntukkan 80 peratus daripada bajet tahunannya yang berjumlah sekitar RM70 juta bagi tujuan pendidikan.  Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang berkata 20 peratus lagi untuk membiayai kos operasi. 

Setiap tahun kita memperuntukkan RM60 juta hingga RM70 juta setahun dan 80 peratus daripadanya untuk pendidikan sama ada pinjaman atau biasiswa,katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Yayasan Sarawak semalam. 

Majlis yang berlangsung di Dewan Jamilah Kompleks Yayasan Sarawak itu dirasmikan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg. 

Mengulas lanjut Azmi berkata Yayasan Sarawak menyediakan pinjaman dan biasiswa pendidikan kepada pelajar yang layak melanjutkan pengajian di univerisitiawam dan institusi pengajian tinggi dalam bidang akademik serta teknikal. 

Kuantum pinjaman pendidikan pula katanya bergantung kepada tahap pengajian, yuran dikenakan oleh pusat pengajian dengan jumlah keseluruhan bolehmencecah RM40,000. 

Pinjaman pendidikan biasanya diberikan kepada pelajar yang layak dan tidak mendapat bantuan pendidikan daripada mana-mana agensi, ujarnya. 

Mengenai bayaran balik pinjaman pendidikan, beliau berkata setakat ini rekod pembayaran balik adalah memuaskan. 

Menurutnya setiap tahun Yayasan Sarawak dapat mengumpul 70-80 peratus daripada RM10 juta nilai bayaran balik pinjaman yang disasarkan. 

Jumlah pelajar yang tidak membayar balik pinjaman pendidikan mereka adalah sangat sedikit iaitu hanya 0.1 peratus. 

Kita percaya kerjasama itu diberikan kerana beberapa insentif disediakan iaitu pertama diskaun sehingga 75 peratus untuk pelajar yang memperoleh keputusankeseluruhan Kepujian 

Pada majlis berkenaan, seramai 78 kanak-kanak dari Taska Yayasan KU Sayang dan Yayasan Kemajuan Islam Negeri (YAKIN) menerima duit raya yangdisampaikan Abang Johari serta isteri Datin Amar Datuk Jumaani Tuanku Bujang. 

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan bermukun dan nopeng yang menggambarkan tradisi masyarakat Melayu Sarawak. 

Hadir sama ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah AliHasan, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim KuiHian dan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh.

Source : Utusan Borneo oleh Patricia Gari

 
Bahasa Malaysia English


 

paybil mobile web

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 20 September 2017 10:18:00
55654749 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star