edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Yayasan Sarawak sumbang RM230,000 bantu 23 buah sekolah yang terjejas akibat banjir
03 April 2018
KUCHING, 3 April (Bernama) -- Yayasan Sarawak hari ini menyampaikan sumbangan RM230,000 kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak untuk diagihkan kepada 23 buah sekolah yang terjejas akibat bencana banjir  antara bulan November dan Mac lalu.

Cek sumbangan itu disampaikan  Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Francis Harden yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga  Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Antara sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Bok, Long Sobeng, Benawa, Pengarah Enteri Baram, Sekolah Kebangsaan Uma Sambop Belaga, Sekolah Kebangsaan Nanga Serau, Ulu Pedanum, Nanga  Pedanum dari Julau, Sekolah Kebangsaan Long Tukon Lawas, Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Nanga Merit, R.C Kubong, Kuala Penganan, Gadong, Kubong dari Limbang.

Francis berkata sekolah yang sering dilanda banjir berikutan kedudukannya di kawasan tanah rendah ini, masing-masing diperuntukkan RM10,000 bagi membaik pulih keadaan fizikal dan peralatan sekolah yang terjejas.

"Kerajaan membelanjakan RM34 juta dalam mengurus bencana banjir pada kali ini... RM26.5 juta adalah untuk pembaikan sekolah, RM4.7 juta untuk bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, RM1.8 juta untuk tanah runtuh, RM1.2 juta untuk bantuan Wang Ihsan, dan RM250,000 untuk pembaikan klinik-klinik kesihatan," dalam persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat `post-mortem` bencana banjir di BIlik Gerakan Negeri di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata JPBNS akan memohon RM266.9 juta lagi daripada kerajaan bagi menyenggara kawasan  yang terputus hubungan akibat tanah runtuh, kerosakan pertanian dan bantuan wang ihsan bagi mangsa yang tidak berpindah dari kawasan bencana tersebut.

Sementara itu Francis berkata JPBNS sudah bersedia menghadapi musim kemarau yang sudah tiba di Sarawak dan menurutnya berdasarkan ramalan serta informasi Jabatan Meteorologi Negeri, Sarawak akan mengalami musim panas bermula bulan April sehingga Ogos.

Source : Bernama Berita Wilayah

 
Bahasa Malaysia English


 

Web Mudah Alih Yayasan Sarawak

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 18 August 2018 08:48:57
63892790 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star